.

.

Monday 28 August 2017

Review Keempat - Lendu Oleh Iman Danial (Buku Seram)




Novel Fixi ini merupakan diari seorang mahasiswa di pusat pengajian tinggi tersebut. Cover hadapan jelas menunjukkan identiti novel ini sebagai sebuah karya seram. 4 bintang untuk gambar pontianaknya. Pada awalnya, saya meletakkan expectation yang tinggi terhadap novel ini, mengambil kira kualiti novel-novel Fixi yang pernah saya baca sebelum ini (Kasyaf, Murtad, Gergasi dll). TETAPI, malangnya Lendu sangat menghampakan. HAMPEH! Tak seram langsung. ENTAH APA-APA!

Saya akan membuat review kehampehan novel ini satu persatu.

1. Lendu ditulis mengikut gaya “epistolary”. Bermakna jangan harapkan ada struktur perkenalan-perkembangan-klimaks-peleraian-penutup dalam naskhah ini. Hal ini disebabkan kerana Lendu merupakan himpunan catatan a.k.a diari penulisnya, Blue, sepanjang bergelar mahasiswa di sana. Masalah Lendu yang pertama bermula apabila ia memasukkan sekali catatan-catatan yang tidak ada kaitan langsung dengan tema seram. Apa kejadahnya kau pergi sertakan sekali catatan kau kena tindakan tatatertib waktu jadi MPP lah, kena bebel dengan Polis Bantuanlah, kena perli dengan pensyarahlah yada yada. Ok saya faham, ia adalah sebuah diari. Tetapi pilihlah catatan yang berkaitan dengan mood seram. Kalau mahu dimasukkan juga, maka kekalkan tajuk novel Lendu, tetapi cover tukar gambar lain. Jangan letak gambar hantu.

2. Banyak gila kesalahan ejaan dan tatabahasa. Ya Rabbi! Editor tak buat kerja ke? Tau tak kesalahan-kesalahan sebegini adalang pantang terbesar bagi seorang pembaca. Menyakitkan mata! Kalau jumlahnya sedikit masih boleh dimaafkan. Ini banyak! Sakit mata satu hal, sakit hati satu hal lagi.

3. Ok, saya faham. Fixi membenarkan novel-novel mereka dalam dwibahasa. Maknanya, nak tulis dalam bahasa melayu campur-campur Inggeris boleh. Saya tiada masalah dalam hal ini. Banyak naskhah yang guna bahasa rojak seperti ini pernah saya baca, seperti karya Hlovate. MASALAHNYA IALAH KAU NAK GUNA NGGERIS TAPI SALAH SEMUA SEGI. Tatabahasanya salah. Ejaannya salah. Malah, bila kau cuba nak merge Inggeris dengan Bahasa Melayu, ia menjadi janggal. Macam tak kena. Tak smooth. Aku taktau sama ada kau cuba nak jadi kontemporari atau apa. Tetapi, tolonglah jangan ulang lagi kesalahan seperti, “If you get it what mean”, “I’m work under them”, “Why don’t you left me”, “There’s something follow me”. Penguasaan bahasa Inggeris saya pun taklah gempak sangat, tetapi sekurang-kurangnya hormatilah sistem sesebuah bahasa tersebut. Jadi cringe bila baca tau tak.

4. Kebanyakan catatan-catatan Blue ini sama. Kena rasuk, pergi berubat. Nampak lembaga hitam. Nampak budak berlari tengah koridor. Ada benda ketuk tingkap tengah malam. Yep, tak dinafikan pengalaman kena kacau semua orang hampir sama formatnya. Begitu-begitulah bentuk gangguannya. Tetapi, bila kau nak tumpahkan pengalaman kau dalam bentuk cerita, pakailah ayat-ayat yang sedap sikit. Bila orang baca dapat feel. Sumpah, satu habuk pun tak seram novel Lendu ini.

5. Cabaran 32 Buku kali ini bertemakan seram. Tetapi maaf pihak penganjur, saya tak dapat nak jelaskan apa yang seramnya dengan Lendu ini. Sebab memang tak menakutkan langsung. Mungkin sedikit seramlah bila memikirkan suasana industri buku tanah air nanti kalau dilambakkan dengan naskhah seperti Lendu.

6. Cerita tak seram. Ayat tak sedap. Banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan. Penggunaan bahasa Inggeris yang hampeh. Pendek kata, Lendu adalah sebuah naskhah seram yang gagal. Khalas.


2 comments:

Ika.S said...

Haha setuju dengan semua ayat and komen yang diberikan hehe.
Sebab yes. Satu benda pasal buku ni is, cover& sinopsis dah kasi satu impression yang bagus untuk pembaca tapi sayangnya, tak serammmmm. And mcm hilang fokus and beralih arah pulak minat nak membaca sebab asyik benda yang sama jeeeee blergh. And ending pun cm kureng .

Anonymous said...

Actually, for me Lendu ni best sebab dia merupakan kisah benar and betullah, editor dia cakap, kesalahan tatabahasa memang tak dibetulkan sebab nak bagi pembaca feeling betul-betul masa baca buku tu. Nama pun diari, ibarat kita baca diari milik Blue dan dapat rasakan benda tu. Saya faham, lain orang lain pendapat. Nak cakap lebih-lebih pun, tak boleh jugak sebab saya pun hanyalah seorang penulis amatur saja.