Novel Fixi ini merupakan diari seorang mahasiswa di pusat
pengajian tinggi tersebut. Cover hadapan jelas menunjukkan identiti novel ini
sebagai sebuah karya seram. 4 bintang untuk gambar pontianaknya. Pada awalnya,
saya meletakkan expectation yang tinggi terhadap novel ini, mengambil kira
kualiti novel-novel Fixi yang pernah saya baca sebelum ini (Kasyaf, Murtad,
Gergasi dll). TETAPI, malangnya Lendu sangat menghampakan. HAMPEH! Tak seram
langsung. ENTAH APA-APA!
Saya akan membuat review kehampehan novel ini satu
persatu.
1. Lendu ditulis mengikut gaya “epistolary”.
Bermakna jangan harapkan ada struktur
perkenalan-perkembangan-klimaks-peleraian-penutup dalam naskhah ini. Hal ini
disebabkan kerana Lendu merupakan himpunan catatan a.k.a diari penulisnya, Blue,
sepanjang bergelar mahasiswa di sana. Masalah Lendu yang pertama bermula
apabila ia memasukkan sekali catatan-catatan yang tidak ada kaitan langsung
dengan tema seram. Apa kejadahnya kau pergi sertakan sekali catatan kau kena
tindakan tatatertib waktu jadi MPP lah, kena bebel dengan Polis Bantuanlah,
kena perli dengan pensyarahlah yada yada. Ok saya faham, ia adalah sebuah
diari. Tetapi pilihlah catatan yang berkaitan dengan mood seram. Kalau mahu
dimasukkan juga, maka kekalkan tajuk novel Lendu, tetapi cover tukar gambar
lain. Jangan letak gambar hantu.
2. Banyak gila kesalahan ejaan dan tatabahasa. Ya
Rabbi! Editor tak buat kerja ke? Tau tak kesalahan-kesalahan sebegini adalang
pantang terbesar bagi seorang pembaca. Menyakitkan mata! Kalau jumlahnya
sedikit masih boleh dimaafkan. Ini banyak! Sakit mata satu hal, sakit hati satu
hal lagi.
3. Ok, saya faham. Fixi membenarkan novel-novel
mereka dalam dwibahasa. Maknanya, nak tulis dalam bahasa melayu campur-campur
Inggeris boleh. Saya tiada masalah dalam hal ini. Banyak naskhah yang guna
bahasa rojak seperti ini pernah saya baca, seperti karya Hlovate. MASALAHNYA
IALAH KAU NAK GUNA NGGERIS TAPI SALAH SEMUA SEGI. Tatabahasanya salah. Ejaannya
salah. Malah, bila kau cuba nak merge Inggeris dengan Bahasa Melayu, ia menjadi
janggal. Macam tak kena. Tak smooth. Aku taktau sama ada kau cuba nak jadi
kontemporari atau apa. Tetapi, tolonglah jangan ulang lagi kesalahan seperti,
“If you get it what mean”, “I’m work under them”, “Why don’t you left me”,
“There’s something follow me”. Penguasaan bahasa Inggeris saya pun taklah
gempak sangat, tetapi sekurang-kurangnya hormatilah sistem sesebuah bahasa
tersebut. Jadi cringe bila baca tau tak.
4. Kebanyakan catatan-catatan Blue ini sama. Kena
rasuk, pergi berubat. Nampak lembaga hitam. Nampak budak berlari tengah
koridor. Ada benda ketuk tingkap tengah malam. Yep, tak dinafikan pengalaman
kena kacau semua orang hampir sama formatnya. Begitu-begitulah bentuk
gangguannya. Tetapi, bila kau nak tumpahkan pengalaman kau dalam bentuk cerita,
pakailah ayat-ayat yang sedap sikit. Bila orang baca dapat feel. Sumpah, satu
habuk pun tak seram novel Lendu ini.
5. Cabaran 32 Buku kali ini bertemakan seram. Tetapi maaf
pihak penganjur, saya tak dapat nak jelaskan apa yang seramnya dengan Lendu
ini. Sebab memang tak menakutkan langsung. Mungkin sedikit seramlah bila
memikirkan suasana industri buku tanah air nanti kalau dilambakkan dengan
naskhah seperti Lendu.
6. Cerita tak seram. Ayat tak sedap. Banyak kesalahan
tatabahasa dan ejaan. Penggunaan bahasa Inggeris yang hampeh. Pendek kata,
Lendu adalah sebuah naskhah seram yang gagal. Khalas.
2 comments:
Haha setuju dengan semua ayat and komen yang diberikan hehe.
Sebab yes. Satu benda pasal buku ni is, cover& sinopsis dah kasi satu impression yang bagus untuk pembaca tapi sayangnya, tak serammmmm. And mcm hilang fokus and beralih arah pulak minat nak membaca sebab asyik benda yang sama jeeeee blergh. And ending pun cm kureng .
Actually, for me Lendu ni best sebab dia merupakan kisah benar and betullah, editor dia cakap, kesalahan tatabahasa memang tak dibetulkan sebab nak bagi pembaca feeling betul-betul masa baca buku tu. Nama pun diari, ibarat kita baca diari milik Blue dan dapat rasakan benda tu. Saya faham, lain orang lain pendapat. Nak cakap lebih-lebih pun, tak boleh jugak sebab saya pun hanyalah seorang penulis amatur saja.
Post a Comment