.

.
Showing posts with label penulis wanita. Show all posts
Showing posts with label penulis wanita. Show all posts

Sunday, 4 March 2018


Title : I Am Malala
Author : Malala Yousafzai with Christina Lamb
Publisher : Back Bay Books
Published year : 2013
Pages : 293

A story of an ordinary girl being extraordinary despite her young age and pressure in her place (Swat Valley).

If you had read Diary of Anne Frank, both books highlight quite the same theme. Education. But I Am Malala is written in the form of story (kind of fiction books). Its an enjoyable reading journey to get to know her life.

Its not a complete biography as she still alive and fighting up to this days. Thus, this book share from days her parent meet to day she is born and settled after people get to know Malala by the girl who stood up for education and was shoot by the Taliban.

The value that lie within her, is due to his family background. The way she is brought up with. The exposure that she received since young. 

Nothing can stop anyone from learning and seek knowledge. Knowledge is the key weapon to every war. 

She believe, that second life that she get after the shooting tragedy that make her need to undergo few surgeries and rehabilitation is not meant for nothing. Allah (God) has make her name high up to the sky, thus she need to spread her wings and fight even harder.

The Peace Noble Prize that she win comes with huge responsibility. She want to make sure this prize doesn't just only be a title she bring with her. Its her weapon to convince the world.



This fight for equality in education and opportunity is not her fight alone. Every single human being must fight together with her. Nothing wrong with girls attending school and university. Its a basic needs for every human being to get the chances to learn and attending school. Status, religions, race and even gender doesn't matter.

Sunday, 27 November 2016


Untuk cabaran ketiga, saya memilih menghabiskan Bahagia Bukan Gembira oleh Anfaal Saari untuk dihabiskan dalam masa sehari. Pn Anfaal Saari mengukir kisah-kisah hidupnya sebagai ahli perniagaan dan aktivis dakwah sepenuh masa di dalam anekdot Bahagia Bukan Gembira.
            Menjadi anak kepada presiden sebuah organisasi dakwah, Pn Anfaal sedari kecil dididik mengikut acuan Islam.  Ibu bapanya sendiri disatukan melalui sistem Baitul Muslim. Pn Anfaal dilatih ayahnya menjadi kuat dan lasak. Hidupnya sejak kecil diabadikan untuk jemaah. Awal pendidikan Pn Anfaal ialah di SRI Al-Amin Gombak (golongan terawal, kemudian disambung ke SMI Al-Amin Gombak. 
Ayah beliau Tn Hj Saari Sungib, sentiasa mencari jalan supaya Pn Anfaal sentiasa diluar zon selesa. Selepas SPM, beliau dihantar belajar ke kolej swasta berdekatan rumah mereka dan beliau sahajalah orang Islam dalam kelas beliau ketika itu. Memakai baju kurung dan tudung labuh ketika itu masih kelihatan janggal sehingga ahli kelas berkata, “Anfaal, come on la. Don’t wear outdated attire like this. Be modern”. Pedih dan sentap.
Antara kisah yang saya kira menarik ialah, selepas SPM, Pn Anfaal disuruh ayahnya untuk mengambil lesen kereta. Selepas lulus, tugasan-tugasan memandu keseluruhannya diletakkan di bahu Pn Anfaal, mengambil adik sekolah, membeli barang dan bermacam-macam lagi. Tidak lengkaplah diari hidup sebagai pemandu tanpa wujud kemalangan dan apabila ini berlaku kepada Pn. Anfaal. Sesudah kemalangan Pn Anfaal menyerahkan lesennya kepada ayahnya dan berkata akan memandu dua tahun lagi dek kerana rasa bersalah. “Buat apa ? Simpan lesen tu. Drive!” Jawab ayahnya. 
Beliau pernah mengalami pengalaman diragut. Ayah beliau langsung tidak memunculkan diri di balai polis ketika laporan dibuat, hanya ibu beliau saja yang ada, kerana ayahnya percaya, beliau sendiri boleh mengatasi masalah itu. Tindak tanduk ayahnya dalam banyak hal, mematangkan Pn Anfaal.
Keluarga mereka diuji tatkala ayah beliau ditahan ISA selama dua tahun. Diceritakan di dalam anekdot ini bagaimana prosedur hendak melawat tahanan di ISA. Pn Anfaal berkahwin ketika ayahnya berada dalam tahanan ISA. Ayahnya diberikan pelepasan beberapa jam pada hari itu dan beliau jugalah yang membaca khutbah dan menikahkan mereka.
Tuhan tidak akan memberati seseorang dengan sesuatu yang tidak mereka mampu. Pn Anfaal menerima ujian dan dugaan yang telah ditetapkan untuk beliau. Segala perkara yang berlaku, telah menjadi asbab membentuk dan membina diri beliau pada hari ini, apabila beliau masih lagi istiqamah bekerja di jalan ALLAH. 
Sebagai pembaca buku, tidak semestinya kita bersetuju dengan semua perkara yang ditulis, walaubagaimanpun, insyaALLAH, dengan membaca buku ini, ada sesuatu yang dapat kita ambil sebagai pengajaran dan inspirasi. 


Sunday, 20 November 2016


Cabaran 32 Buku 2016 (Buku ke #17, cabaran ke 2,3 – Penulis Perempuan luar negara dan cabaran Travelog yang ditulis oleh penulis perempuan)



Saya mengambil masa untuk menghabiskan catatan perjalanan spiritual Oki Setiana Dewi. Pada mulanya untuk cabaran ke 2 (atau 3), membaca buku tulisan dari penulis wanita luar negara. Kemudian mendapat cabaran membaca travelog dari penulis wanita. Saya kira rezeki saya, boleh dihimpunkan dua cabaran untuk satu buku. 

Oki Setiana Dewi adalah figur terkenal di Indonesia, seorang pelakon yang membintangi filem Ketika Cinta Bertasbih. Menulis buku Cahaya di Atas Cahaya, sebuah travelog pengembaraannya ke Makkah untuk melaksanakan ibadah Umrah dan kemudian berkesempatan belajar di kampus Ummul Qura.

Oki menulis dan berbicara dengan hatinya. Menuliskan setiap langkah perjalanan yang magis (dari pandangan saya). Pada mulanya tidak mempunyai mahram (waris lelaki) yang boleh menemannya Oki dan Ibunya ke Makkah. Kemudian memohon pertolongan Uwak Bandi, seorang tetangga yang mengasuh Oki ketika kecil. Hasrat Oki dan Ibu ke Makkah, akhirnya memberi peluang emas kepada Uwak Bandi yang tidak pernah menjejak kaki ke Makkah tetapi selalu menyimpan impian ke sana. 

Oki menulis tentang Cahaya dalam satu fragmen di buku ini seperti ini, 

Di Makkah, burung-burung cahaya beterbangan di atas Ka’bah, mengiringi ribuan manusia berthawaf sepanjang waktu, yang tiap kicauannya adalah tasbih dan tiap kepakan sayapnya adalah tauhid. Di sinilah cahaya Allah menaunginya. Ada Cahaya di Atas Cahaya.

Selain dari cerita perjalanan umrah dan bagaimana belajar Bahasa Arab di Ummul Qura, dalam buku ini juga diceritakan tentang beberapa pengalaman rakan-rakan Oki sebagai seorang wanita. Antaranya kisah Azizah, seorang wanita yang terpersona dengan cinta dari lelaki yang tampan dan romantis. Sehingga dijodohkan berkahwin tetapi tidak lama kemudian bercerai.

Azizah berpesan kepada Oki, “Pedih Ki. Makanya jangan menikah tanpa restu orangtuamu. Tidak akan berkah. Sekarang cinta abadiku hanya untuk-Nya. Aku mencintai anakku karenaNya…dan aku mencintai suamiku nanti pun…untuk-Nya.”

Buku ini ditulis dengan Bahasa yang indah. Sekiranya masih belum ke Makkah dan Madinah, buku ini melukiskan pengembaraan yang terperinci. Sekiranya sudah pernah ziarah, akan mengembalikan kenangan-kenangan beribadah dan kemanisan berada di rumah Allah.

Saya menyalin doa di hujung buku,

Ya Allah,
Karuniakanlah cahaya dalam hatiku,
Cahaya dalam pendengaranku
Cahaya dalam penglihatanku
Cahaya dalam ucapan lisanku
Cahaya pada sisi kananku
Cahaya pada sisi atasku
Cahaya pada diri dan keperibadianku

Dan perbesarlah karuna cahaya-cahaya itu bagiku….

Thursday, 6 October 2016





Reclaim your Heart (Renggut kembali Hati-mu) mengajar satu sisi penting dalam hidup iaitu sisi attachment dan detachment. Bukan sekadar mengajar, penulisnya Yasmin Mogahed dengan bakat kurniaan Ilahi dan usahanya sendiri dalam mencari makna diri dalam diri, makna Tuhan dalam ciptaan, makna tujuan dalam kehidupan, membuahkan hasil yang cukup berkesan tatkala bait kata dan titis tintanya mampu merenggut kembali hati-hati yang telah hilang. Jelas terpancar kedalaman dan ketajaman fikirannya tatkala dia memilih untuk meletakkan abjad ‘h’ dalam huruf besar pada perkataan Heart di muka depan bukunya. Ya. Heart itu jika kita renung dalam-dalam bukan sekadar merenggut hati kita sendiri bahkan merujuk kepada pencipta hati itu sendiri, Allah S.W.T. Renggut kembali Tuhan yang kita lupakan! Walau Tuhan tak pernah melupakan. Itu lah sebenarnya hala tuju buku ini.

Ada petikan Saidina Ali R.A yang Yasmin muatkan dalam buku ini, “detachment is not that you should own nothing, but nothing should own you.” Kemudian Yasmin nyatakan bahawa, “the means of detachment as shown by the prophet is much deeper, not only about physical, but is the detachment of the heart.” Soal pemilikan hati. Jangan biar hati ini memiliki apa pun kecuali DIA. Jangan biar selain DIA, memiliki hati kita. Itulahsecara ringkasnya, konsep attachment dan detachment yang dikupas oleh Yasmin. Kronologi yang digunakan begitu hebat dan teratur. Setiap yang membaca pasti akan mengiyakan. Kerana setiap satu tajuk menunjukkan titik bermula sebuah kejatuhan insan kepada bagaimana mahu kembali, mengubati, memperbaiki diri, lalu Jannah menjadi destinasi. Ia sebuah buku yang mengubah fokus kita dari human-centric kepada Allah-centric. Subhanallah.

Menurut pengalaman peribadi saya, buku ini lebih praktikal dibaca ketika jiwa dan hati diterajang luka, menelanjangkan semua yang terpendam, dan tatkala diri membungkam kaku dihadapan Tuhan. Gejolak itu terlalu keliru untuk diungkap lalu dikatup rapat biar diri dan Tuhan bersoal jawab – dalam diam. Semuanya terluahkan melalui air mata yang tidak mungkin difahami oleh manusia sekeliling tetapi cukup difahami oleh Rabbul ‘Izzati. Maka buku ini menjadi panduan. Panduan kepada setiap persoalan seperti apa yang terjadi, bagaimana ini semua boleh terjadi kepada saya, kenapa saya, apa yang perlu saya lakukan dan sebagainya.

Tertulis dikulit depan buku ini, “personal insights on breaking free from life’s shackles”. Nah, itulah tujuan Yasmin menulis buku ini. Melalui pengalaman dan pandangan peribadinya sendiri dalam membebaskan diri dari belenggu hidup. Begitu hebat penulisannya sehingga sampai ke dalam jiwa ramai umat manusia termasuk saya. Kerana apa? Kerana Yasmin telah mendapatkan apa yang ramai tidak dapat iaitu ‘Ain Basirah – pandangan hikmah. Maka terlimpahlah pandangan hikmah itu dalam penulisannya. Allah nyatakan dalam al-Baqarah, ayat 269: “Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberikan hikmah, sesungguhnyaa telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.” Semoga kita juga tergolong dikalangan hambaNya yang diberi hikmah melalui ketajaman pemerhatian dan akal.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua orang yang mencari Tuhan dan mahu merenggut hatinya kembali yang sedang lemas dalam lautan dunia yang ombaknya tak pernah menenangkan. Harganya juga dikira murah jika dibandingkan dengan hikmah yang tak ternilai di dalamnya dan bagaimana ia mampu membantu banyak jiwa untuk kembali ke siratul mustaqim. Semoga ulasan ini bermanfaat.