.

.

Thursday 6 October 2016



Image result for you can be the happiest women in the world

Buku yang berhalaman 251 ini saya pilih bagi menyahut cabaran bacaan pantas iaitu dalam tempoh 24 jam ketika jiwa diuji dengan gejolak emosi yang maha hebat. Sejujurnya, saya tak pernah menghabiskan apa-apa buku yang berhalaman lebih 100 halaman dalam tempoh yang sesingkat itu. Terbukti emosi ialah alat perangsang dan pendorong bagi seseorang individu itu melakukan sesuatu perkara.

Kata Dr ‘Aid, I urge you to keep busy, not to give in to laziness and idleness. Rather, you should take care of your house and home library, and do your duties and your work, or pray, or read Quran or useful books, or listen to useful tapes, or sit with you neighbours and friends and talk to them about things that will bring them closer to Allah. Then you will find happiness and joy, by Allah’s leave. And beware of giving in to idleness, for this will lead to worries, anxiety, devilish whispers and doubts that nothing can relieve except hard work.” Tanpa memberi ruang kepada diri sendiri untuk termenung berpanjangan dan tenggelam lemas dalam tangisan, dendam dan amarah, buku ini saya baca dan setiap bait katanya saya renung sedalamnya agar hari esok menjadi lebih baik dari hari ini.

Dr ‘Aid menghasilkan buku ini sebagai panduan, penjelasan dan jawapan kepada persoalan-persoalan seperti bagaimana mengawal emosi dan minda, panduan kepada tindakan apa yang perlu dilakukan seterusnya, bagaimana MENCIPTA bahagia, mengupas sejarah wanita-wanita hebat yang terdahulu bagi menjelaskan bahawa pembaca wanita seperti saya bukanlah satu-satunya wanita yang diuji oleh Allah s.w.t, juga menjelaskan bahawa ramai manusia yang berduka lara tanpa tahu atau tanpa mahu mencari jalan ‘pulang’ agar kembali bahagia.

Bahagia yang dikupas Dr ‘Aid bukanlah bahagia sementara bahkan kepada mencipta dan mencari bahagia yang kekal abadi kerana tujuan penulisan Dr ‘Aid adalah untuk memandu kita ke arah menjadi wanita PALING bahagia.

Sepanjang satu malam menekuni buku ini, saya dapat melihat isi di sebalik isi yang cuba disampaikan oleh Dr ‘Aid. Dengan tidak memahami penulisan beliau secara literal atau harfiah membuka mata hati saya dan mengubah bagaimana saya melihat sesuatu musibah itu sebagai rahmah. Setiap pengorbanan yang dilakukan lillahita’ala itu sebagai sebuah penghormatan dan kemuliaan. Subhanallah atas setiap ujian. Alhamdulillah atas setiap dugaan. Allauakbar atas setiap penderitaan yang diganti kebahagiaan abadi.

Ulasan kali ini bersifat peribadi dan ke-‘sayaan’ atau ke-‘akuan’ bukan ke-‘kitaan’ kerana ia benar-benar terlalu peribadi buat saya. Dan kali ini saya membaca untuk saya bukan membaca untuk mengulas seperti sebelumnya. Walaubagaimapun saya tetap berharap agar ulasan ini mampu memberi manfaat buat semua.
  




Reclaim your Heart (Renggut kembali Hati-mu) mengajar satu sisi penting dalam hidup iaitu sisi attachment dan detachment. Bukan sekadar mengajar, penulisnya Yasmin Mogahed dengan bakat kurniaan Ilahi dan usahanya sendiri dalam mencari makna diri dalam diri, makna Tuhan dalam ciptaan, makna tujuan dalam kehidupan, membuahkan hasil yang cukup berkesan tatkala bait kata dan titis tintanya mampu merenggut kembali hati-hati yang telah hilang. Jelas terpancar kedalaman dan ketajaman fikirannya tatkala dia memilih untuk meletakkan abjad ‘h’ dalam huruf besar pada perkataan Heart di muka depan bukunya. Ya. Heart itu jika kita renung dalam-dalam bukan sekadar merenggut hati kita sendiri bahkan merujuk kepada pencipta hati itu sendiri, Allah S.W.T. Renggut kembali Tuhan yang kita lupakan! Walau Tuhan tak pernah melupakan. Itu lah sebenarnya hala tuju buku ini.

Ada petikan Saidina Ali R.A yang Yasmin muatkan dalam buku ini, “detachment is not that you should own nothing, but nothing should own you.” Kemudian Yasmin nyatakan bahawa, “the means of detachment as shown by the prophet is much deeper, not only about physical, but is the detachment of the heart.” Soal pemilikan hati. Jangan biar hati ini memiliki apa pun kecuali DIA. Jangan biar selain DIA, memiliki hati kita. Itulahsecara ringkasnya, konsep attachment dan detachment yang dikupas oleh Yasmin. Kronologi yang digunakan begitu hebat dan teratur. Setiap yang membaca pasti akan mengiyakan. Kerana setiap satu tajuk menunjukkan titik bermula sebuah kejatuhan insan kepada bagaimana mahu kembali, mengubati, memperbaiki diri, lalu Jannah menjadi destinasi. Ia sebuah buku yang mengubah fokus kita dari human-centric kepada Allah-centric. Subhanallah.

Menurut pengalaman peribadi saya, buku ini lebih praktikal dibaca ketika jiwa dan hati diterajang luka, menelanjangkan semua yang terpendam, dan tatkala diri membungkam kaku dihadapan Tuhan. Gejolak itu terlalu keliru untuk diungkap lalu dikatup rapat biar diri dan Tuhan bersoal jawab – dalam diam. Semuanya terluahkan melalui air mata yang tidak mungkin difahami oleh manusia sekeliling tetapi cukup difahami oleh Rabbul ‘Izzati. Maka buku ini menjadi panduan. Panduan kepada setiap persoalan seperti apa yang terjadi, bagaimana ini semua boleh terjadi kepada saya, kenapa saya, apa yang perlu saya lakukan dan sebagainya.

Tertulis dikulit depan buku ini, “personal insights on breaking free from life’s shackles”. Nah, itulah tujuan Yasmin menulis buku ini. Melalui pengalaman dan pandangan peribadinya sendiri dalam membebaskan diri dari belenggu hidup. Begitu hebat penulisannya sehingga sampai ke dalam jiwa ramai umat manusia termasuk saya. Kerana apa? Kerana Yasmin telah mendapatkan apa yang ramai tidak dapat iaitu ‘Ain Basirah – pandangan hikmah. Maka terlimpahlah pandangan hikmah itu dalam penulisannya. Allah nyatakan dalam al-Baqarah, ayat 269: “Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang diberikan hikmah, sesungguhnyaa telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.” Semoga kita juga tergolong dikalangan hambaNya yang diberi hikmah melalui ketajaman pemerhatian dan akal.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua orang yang mencari Tuhan dan mahu merenggut hatinya kembali yang sedang lemas dalam lautan dunia yang ombaknya tak pernah menenangkan. Harganya juga dikira murah jika dibandingkan dengan hikmah yang tak ternilai di dalamnya dan bagaimana ia mampu membantu banyak jiwa untuk kembali ke siratul mustaqim. Semoga ulasan ini bermanfaat.