Buku
yang berhalaman 251 ini saya pilih bagi menyahut cabaran bacaan pantas iaitu
dalam tempoh 24 jam ketika jiwa diuji dengan gejolak emosi yang maha hebat. Sejujurnya,
saya tak pernah menghabiskan apa-apa buku yang berhalaman lebih 100 halaman dalam
tempoh yang sesingkat itu. Terbukti emosi ialah alat perangsang dan pendorong
bagi seseorang individu itu melakukan sesuatu perkara.
Kata
Dr ‘Aid, “I urge you to keep
busy, not to give in to laziness and idleness. Rather, you should take
care of your house and home library, and do your duties and your work, or pray,
or read Quran or useful books, or listen to useful tapes, or sit with you
neighbours and friends and talk to them about things that will bring them
closer to Allah. Then you will find happiness and joy, by Allah’s leave. And
beware of giving in to idleness, for this will lead to worries, anxiety,
devilish whispers and doubts that nothing can relieve except hard work.”
Tanpa memberi ruang kepada diri sendiri untuk termenung berpanjangan dan
tenggelam lemas dalam tangisan, dendam dan amarah, buku ini saya baca dan
setiap bait katanya saya renung sedalamnya agar hari esok menjadi lebih baik
dari hari ini.
Dr ‘Aid menghasilkan buku ini sebagai panduan, penjelasan
dan jawapan kepada persoalan-persoalan seperti bagaimana mengawal emosi dan
minda, panduan kepada tindakan apa yang perlu dilakukan seterusnya, bagaimana
MENCIPTA bahagia, mengupas sejarah wanita-wanita hebat yang terdahulu bagi
menjelaskan bahawa pembaca wanita seperti saya bukanlah satu-satunya wanita
yang diuji oleh Allah s.w.t, juga menjelaskan bahawa ramai manusia yang berduka
lara tanpa tahu atau tanpa mahu mencari jalan ‘pulang’ agar kembali bahagia.
Bahagia yang dikupas Dr ‘Aid bukanlah bahagia sementara
bahkan kepada mencipta dan mencari bahagia yang kekal abadi kerana tujuan
penulisan Dr ‘Aid adalah untuk memandu kita ke arah menjadi wanita PALING
bahagia.
Sepanjang satu malam menekuni buku ini, saya dapat
melihat isi di sebalik isi yang cuba disampaikan oleh Dr ‘Aid. Dengan tidak
memahami penulisan beliau secara literal atau harfiah membuka mata hati saya
dan mengubah bagaimana saya melihat sesuatu musibah itu sebagai rahmah. Setiap
pengorbanan yang dilakukan lillahita’ala itu sebagai sebuah penghormatan dan
kemuliaan. Subhanallah atas setiap ujian. Alhamdulillah atas setiap dugaan.
Allauakbar atas setiap penderitaan yang diganti kebahagiaan abadi.
Ulasan kali ini bersifat peribadi dan ke-‘sayaan’ atau
ke-‘akuan’ bukan ke-‘kitaan’ kerana ia benar-benar terlalu peribadi buat saya.
Dan kali ini saya membaca untuk saya bukan membaca untuk mengulas seperti
sebelumnya. Walaubagaimapun saya tetap berharap agar ulasan ini mampu memberi
manfaat buat semua.
No comments:
Post a Comment