.

.
Showing posts with label cabaran 2018. Show all posts
Showing posts with label cabaran 2018. Show all posts

Tuesday, 9 October 2018




Tajuk        : Bustan Al-Salatin
Publisher : DBP
Ulasan     : Ummi Abibah Binti Mohamad Adi


“Bahawa membahasakan suatu kitab dengan bahasa Jawi padahal mengandungi perkataan segala yang mengediami tujuh petala langit & tujuh petala bumi. Dan mengatakan kelakuan segala raja-raja yang dahulu dan kemudian. Maka dijunjung fakir titah yang maha mulia serta pengetahuannya lagi kurang fahamnya pada bahasa Jawi pada hal berpegang ia kepada Tuhan yang menjadikan seru sekalian alam.”


Bustan al- Salatin merupakan hasil karya ulama terkenal Syeikh Nuruddin Al- Raniri yang dikarang di Acheh pada tahun 1638. Merupakan kitab yang menceritakan mengenai sejarah tampuk pimpinan kesultanan Acheh. Kitab ini ditulis atas perintah Sultan Iskandar Thani tidak lama selepas Syeikh Nuruddin menjejaki bumi Aceh. Ia juga dikenali sebagai teks kesusasteraan ketatanegaraan atau sastera adab yang mengetengahkan juga hal-hal lain yang berkaitan sejarah nabi, raja-raja yang adil & zalim, ilmu firasat dan ilmu tabib.

Dalam teks ini Syeikh Nuruddin menjelaskan jurai keturunan raja-raja Aceh yang memerintah daripada Sultan Ali Mughayat Syah hinggalah kepada Sultan Inayat Syah Zakiatuddin Syah. Penceritaan dengan cara yang ringkas  berkaitan raja- raja lain dan beliau lebih memfokuskan pada sistem pemerintahan Sultan Iskandar Thani & Sultan Tajul Alam. Hal ini mungkin disebabkan pengaruh dan baginda sediri adalah penaung yang melantik Syeikh Nuruddin sebagai ulama negara di Aceh. Ia juga dicatatkan jangka masa seseorang itu memerintah, sama ada pemerintahan itu berakhir kerana sultan dibunuh atau dijatuhkan dari takhta dan sebagainya.

Selain itu juga, kitab ini juga mengetengahkan peranan wanita dalam tampuk kepimpinan negara. Sultan Taj Al-Alam merupakan raja wanita pertama yang memerintah Acheh selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani. Menurutnya, raja wanita diukur berdasarkan aspek darah keturunan raja kerana berharta dan dihormati dalam kalangan masyarakat. Beliau tampak hebat dari segi adat dan kekayaan setelah mengambil alih tampuk pimpinan dari suaminya. Perkara ini berbeza dengan realiti sejarah kerajaan Acheh apabila dilihat negara seperti Pahang, Kedah & Perak yang ditakluk Acheh  dapat melepaskan diri. Hal ini membuktikan bahawa pemerintahan daripada raja perempuan adalah lemah.

 Keunggulan unsur sejarah dalam tulisan Syeikh Nuruddin diperkuatkan lagi dengan adanya unsur pentarikhan merangkumi catatan hari, bulan dan tahun untuk sesetengah peristiwa. Namun hal ini tidak konsisten kerana ada yang sekadar dicatatkan misalnya selepas zuhur, sebelum zuhur dan sebagainya.

Secara kasarnya, unsur ini lebih tepat merupakan unsur sejarah sosial. Dalam fasal ini adat isitiadat & peraturan tertentu dikaitkan dengan pemerintahan seseorang raja. Ia juga berkaitan samada pemerintahan tersebut tersusun atau tidak. Hal ini memberi gambaran yang seimbang tentang masyarakat yang terlibat.


Karya ini juga lebih banyak didokong penceritaannya menggunakan hadis-hadis, petikan-petikan daripada al-Quran serta penggunaan unsur nasihat. Pengajaran moral yang ingin disampaikan adalah amat ketara. Kisah-kisah yang disampaikan bukan semata-mata kerana ceritanya sahaja tetapi kerana pengajaran yang dapat diperoleh daripadanya.


TAJUK: REPUBLIK ATAU MONARKI
PENULIS : DR. HJ. O.K. RAHMAT
NEGARA; SINGAPURA
MUKA SURAT: 89 MUKA SURAT

Sebagai seorang pelajar dan pembaca yang jarang memilih isu politik atau Negara sebagai satu bahan bacaan, cabaran kali ini terasa begitu sukar. Namun sebagai langkah permulaan untuk seorang pembaca baru seperti saya, saya memilih buku “Republik atau monarki” sebagai bahan bacaan saya yang peroleh daripada perpustakaan UKM.

Buku ini walaupun hanya mempunyai kurang 100 lembar muka surat, namun sebagai seorang pembaca baru, setiap sisi muka surat ini memerlukan seseorang itu mempunyai satu daya tahan yang tinggi dalam menghabiskan bacaan sehingga ke akhir muka surat.

Secara asasnya buku ini merupaksan pengenalan asas system pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah sehingga hari ini. Namun lebih banyak penekanan diberikan pada zaman khulafa’ ar-rashidin iaitu empat khalifah tersebut.  Buku ini telah membawa para pembaca melihat sejauhmana kecenderungan agama Islam dalam sistem sebenar pemerintahan yang seharusnya diamalkan. Adakah dengan melaksanakan sistem republik ataupun monarki.
Disini juga penulis telah menyebut beberapa pemerintah yang cukup hebat pemerintahannya pada zaman selepas khalifah ar-rasyidin iaitu seperti Umar Abd Aziz, Harun Ar-Rasyid, Al-ma’mun, dan Sultan Salahuddin. Namun di antara semua itu, penulis melihat saidina Umar Al-Khatab sebagai ketua Negara yang paling ideal. Kerana kepada khalifah Umarlah, umat Islam memberi pujian mengenai keadilan, kerendahan hati, ketegasan, persamaan, persaudaraan, kesederhanaan dan ketakwaan kepada Ilahi. Betapa banyak kisah dan contoh yang penulis bawakan hingga membuatkan kita merasa rendah sekali amal dan pengorbanan kita selaku masyarakat bahkan dalam beramanah memimpin  diri sendiri.

Kemudian, buku ini turut membawakan kita satu mesej penting tentang lahirnya sistem monarki dalam Islam setelah kematian Saidina Uthman dan perlantikan Saidina Ali hingga membawa kepada pembunuhan saidina Ali itu sendiri. Iaitu diceritakan segalanya bermula ketika Muawiyyah memilih untuk mengangkat Yazid sebagai pemegang tampuk pemerintahan selepas beliau. Hal ini terlihat berbeza kerana kta dapat lihat bagaimana Negara Islam pada zaman khalifah Ar-Rasyidin telah banyak menggunakan bentuk republic.

Namun buku ini juga tidaklah sewenang-wenangnya menyokong dan menolak kewujudan monarki dan republik dalam meleraikan segala kemelut kemaslahan ummah. Apatah lagi rasulullah amat tegas dalam mengatakan betapa peri pentingnya sesuatu tampuk pemerintahan itu untuk mempunyai pemerintah. Monarki ataupun republik keduanya mengikut kemaslahatan ummah disetiap tempat tersebut. Seperti yang berlaku di Negara Pakistan yang kita kenal sebagai sebuah Negara republik sejak berkurun lamanya.

Apa yang paling penting, adalah mesej yang hendak dibawa oleh penulis adalah membawa para pembaca untuk teliti dalam pemilihan pemimpin.  Adalah wajib untuk ummat Islam melantik pemerintah mengikut  syarat-syarat yang ditentukan oleh undang-undang syariah. Apakah perlu seluruh wazir yang akan dilantik daripada orang islam atau mengikut kepakaran mereka. Semuanya telah dikupas dengan baik di dalam buku ini.

Tidak dapat dilupakan, bagaimana buku ini juga membawakan kita konsep syura, iaitu sistem yang diamalkan ketika zaman khalifah ar-rasyidin. Adakah sama dengan sistem demokrasi Barat yang diamalkan oleh majoriti Negara di seluruh dunia ketika ini.

Buku ini sangatlah perlu untuk kita baca dan hayati bersama. Bagi seseorang yang tidak mempunyai latar pengetahuan sejarah yang mendalam seperti saya . Adalah satu hal yang saya kira amat penting untuk kita pelajari asas pemerintahan menurut perspektif Islam ini dahulu sebelum kita mengkaji isu-isu yang lebih mendalam kelak. Kerana setiap sistem pemerintahan di dunia mempunyai satu sisi silang yang saling berkait rapat. 



Tajuk : Cantik Itu Luka
Penulis : Eka Kurniawan
Ulasan : Ummi Abibah


Di akhir masa kolonial, seorang perempuan dipaksa menjadi pelacur. Kehidupan itu terus dijalaninya hingga ia memiliki tiga anak gadis yang kesemuanya cantik. Ketika mengandung anaknya yang keempat, ia berharap anak itu akan lahir buruk rupa. Itulah yang terjadi, meskipun secara ironik ia memberinya nama si Cantik.

Lewat novel ini, Eka mengisahkan nasib anak-anak manusia dalam gelombang sejarah bangsa. Manusia-manusia yang telah menjadi korban kekuasaan dan ‘kutukan karma’. Lebih dari itu, lewat tokoh-tokohnya, Eka juga mendedahkan absurditas kecantikan yang bertengger di wajah perempuan. Kisah seorang perempuan cantik keturunan Belanda bernama Dewi Ayu yang menjadi korban kekejaman perang dan perebutan kekuasaan.

Eka bercerita menerusi teknik imbas kembali di mana bermulanya penceritaan apabila Dewi Ayu bangkit dari kubur. Lalu membawa pembaca mengimbas kembali peristiwa di zaman kolonial hingga pasca kemerdekaan. Menggabungkan politik, falsafah, sejarah, mistik dan erotis dalam sebuah naskah setebal 480 mukasurat. 

Gabungan fiksi dan realiti sekitar zaman kolonial yang menggabungkan penceritaan 5 keturunan Dewi Ayu. Terlalu banyak watak-watak baru yang dikembangkan, hampir separuh halaman buku hanya memperkenalkan watak-watak penting dalam naskah ini. Namun penulisan Eka mampu membuatkan pembaca terikat untuk terus meneruskan pembacaan. 

Eka menulis dengan gaya sastera klasik 
, namun ada beberapa imiginasi seksual yang terlampau di garap dalam naskah ini dan tidak sesuai dibaca semua peringkat umur. Walau bagaimana pun Eka berjaya membuat pembaca percaya, tidak semua cantik itu bahagia. Cantik itu luka.

Sunday, 15 July 2018



JUDUL : TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
PENULIS : HAMKA
PENERBIT : P.T BULAN BINTANG
ULASAN OLEH : UMMI ABIBAH BINTI MOHAMAD ADI

“bahawa banyak orang besar-besar yang kalah dalam percintaan, lantaran kekalahan itu dia ambil jalan lain, maju dalam politik, dalam mengarang syair, mengarang buku dalam perjuangan hidup, sehingga dia naik ke atas puncak yang tinggi, yang perempuan itu wajib menengadah dari bawah. Dengan itu; biar hatinya sendiri hancur dalam kekecewaan yang pertama, maka orang banyaklah yang mengambil hasilnya”.

Siapa sangka seorang ulama mampu menulis kisah cinta antara dua insan bersandarkan erti cinta, darjat serta keturunan. Kisah cinta yang tidak kesampaian sekitar latar masa 1930an dikarang dengan laras bahasa tinggi dan penuh kelembutan.
Mengisahkan kegagalan percintaan Zainuddin dan Hayati yang terhalang dek kerana perbezaan adat dan suku kaum. Latar tempat bermain sekitar Sumatera, Padang Panjang, Surabaya dan beberapa tempat lain turut membawa pembaca menyelami perjalanan kehidupan Zainuddin sebagai anak kacukan serta kehidupan Hayati seorang wanita Minang tulen.
Menjadi anak kacukan ibarat satu sumpahan yang terpaksa dihadapi oleh Zainuddin. Pelbagai diskriminasi daripada konservatif Minang terpaksa dihadapi sehingga akhirnya beliau menghadapi kekecewaan yang terlampau. Lantaran kekecewaan membawa Zainuddin dan Muluk membina kehidupan baru di rantau orang. Klimaks penceritaan apabila Zainuddin kembali menghadapi konflik dengan perasaan rindu dan dendam di puncak kejayaan dalam kehidupan beliau.
Secara umum ramai yang mengenali Hamka selaku penulis karya ini sebagai ulama Islam. Beliau bijak mengetengahkan kritikan terhadap diskriminasi yang berlaku kepada orang bercampur bangsa (baca: kacukan) di dalam masyarakat  pada masa itu dalam bentuk kisah cinta epik. Naskah ini turut mengangkat isu kerosakan sistem feudalisme & keturunan adat bersuku di alam melayu. Jika kebanyakan masyarakat umumnya lebih kepada adat patrilineal, berbeza dengan masyarakat Minang yang mengangkat adat matrilineal.
Selain kritikan terhadap konsep sub-eknisiti yang diamalkan dalam sesetengah masyarakat, Hamka turut menyelitkan nasihat serta kritikan sosial dalam hal-hal percintaan. Cinta merupakan antara ujian terbesar manusia. Dengan cinta boleh menjadi kekuatan, serta waktu yang sama menjadi kelemahan. Hal ini dapat dilihat dengan perkembangan karakter Zainuddin melalui garis masa dalam menempuhi fasa kedewasaan. Bermula dengan keperibadian lelaki yang berilmu tetapi lemah kerana lemas dalam permainan jiwa namun terus bangkit menjadi orang besar serta penulis yang dikenali. Beruntungnya beliau juga kerana didampingi sahabat yang turut membantu mengemudi dan menguasai pergolakan yang berlaku dalam diri sehingga akhirnya beliau mampu berdiri teguh.

Keterbukaan dan kebijaksaan Hamka dalam mengusulkan kritikan yang rasional, logik serta terkandung falsafah digarap menjadi karya “masterpiece” amat sesuai untuk dibaca melangkaui zaman.
The Pursuit of Happiness

The Pursuit of Happiness
Penulis : Douglas Kennedy
Penerbit:  Arrow Books
Halaman: 508
Tahun diterbitkan: 2002
Nombor ISBN: 983-124-273-4
Genre: Fiksyen

Cabaran ketiga Buku Jalanan Titi.
Buku yang difilemkan@ serius.

Mengintai-intai rak buku, masa tu terlintas Filem Budak Setan, Ombak Rindu.

Saya terpandang buku ini. Pernah menonton filem ini beberapa tahun lalu. Sangat menginspirasikan. Terbayang- terbayang di mata kegigihan watak utamanya.  Kemudian, saya temui buku ini ketika jualan gudang di Ampang Park. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskannya  walaupun mengambil masa sepurnama lamanya.  Namun, impian saya tersasar.  Tajuk buku sama namun penulisnya berbeda.  Ceritanya ternyata berlainan.  Namun, buku ini tetap istimewa.  Tetap memberi inspirasi. 

Ada dua watak utama dalam cerita ini.  Ia mengenai Kate Malone berlatarkan tahun 1990-an di negeri pakcik Sam.  Kate yang bersedih dengan pemergian bonda tercinta namun dikejutkan dengan kehadiran sebuah manuskrip.  Apa kandungan manuskrip tersebut?

Watak kedua, Sara Smythe, saya kira ini watak utama.   Ia berlatarkan tahun 1940-an di Amerika. Kisah bagaimana Sara bertemu dengan Jack seorang penulis dalam angkatan tentera Amerika  di malam Krismas lantas menjalin hubungan.  Apa yang mengejutkan keesokan harinya Jack terpaksa meninggalkan tanahair untuk bertugas di seberang laut.  Mereka berjanji untuk terus berhubungan namun janji tinggal janji.  Jack hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan.  Sara yang merupakan penolong editor sebuah majalah larut dalam kesedihan yang berpanjangan.  Beliau akhirnya direhatkan sementara dan dan bercuti di sebuah pulau.  Di sana, beliau cuba meluahkan kesedihannya menerusi cerpen kisah cinta yang tidak kesampaian dan itulah titik tolak kerja beliau sebagai kolumnis majalah tersebut.

Kemudian, Sara berkenalan, jatuh cinta dengan George Grey.  Nasib tidak menyebelahinya, Sara mengandung sebelum khawin dan terpaksa berkhawin dengan lelaki tersebut.  Pada tahun 1940-an di Amerika, kehamilan di luar nikah bukanlah sesuatu yang dapat diterima oleh masyarakat di sana.  Lantas, ia menimbulkan ketegangan hubungan antara beliau dan mertuanya.  Nasib tidak menyebelahi Sara, Sara keguguran dan itu dijadikan alasan untuk mengakhiri perkhawinan yang tidak menggembirakannya.

Suatu pagi di tahun baru, Sara dipertemukan kembali dengan Jack. Namun dalam suasana berbeza.  Jack bersama isteri dan seorang anak lelaki yang berumur 3 tahun.  Kemudian, mereka menjalin hubungan dan lebih tepat lagi, mereka bersekedudukan.  Ia berjalan seberapa lama hinggalah suatu tragedi berlaku.  Apakah tragedi tersebut. Apa yang menyebabkan Sara nekad melupakan Jack.  Apa hubungan Sara dan kate.  Apa kandungan manuskrip yang diterima oleh Sara.  Semuanya terjawab dalam buku ini.


Dua perkara yang saya belajar.  Pertama, ikatan perkhawinan adalah sesuatu yang sentiasa suci dan dipandang tinggi.  Begitu juga di  Barat pada tahun-tahun selepas perang Dunia Kedua.  Buktinya, mereka memandang rendah wanita yang mengandung tanpa nikah dan mereka yang bersekedudukan atau menjalin hubungan sulit.  Juga bila bercakap tentang soal hati, sesuatu yang sulit untuk diperkatakan.  Cinta ini umpama cerpen Irisan-Irisan Hati dalam Kumpulan cerpen Kekasih Sam Bo Po.  Ada yang hanya mampu menyentuh fizikalnya namun tidak hatinya dan ada yang dapat memiliki hati seseorang namun tidak fizikalnya.  Ia dikira bonus sekiranya mampu memiliki keduanya sekaligus.

Kedua, kebahagian itu tercipta dari dalam diri.  Pastinya dengan berpandukan Quran dan Sunnah.  Hidup ini pilhan.  Saya suka bagaimana  Sara bangkit melawan kesedihan dan ujian yang melanda dirinya.  Dengan caranya yang tersendiri namun sebagai pembaca ia mengesankan.  Beliau yang dikurniakan bakat dan kemahiran menulis menjadikan penulisan sebagai terapi untuk keluar dari kesedihan tersebut.  Mungkin buat saya  yang baru belajar bertatih menulis ini boleh menceduk idea tersebut.  Tulis apa saja yang terlintas di minda dan kemudian  lakukan proses suntingan.  Juga pesanan penulis agar belajarlah memaafkan, kerana ia antara syarat utama untuk meraih kebahagian.  Seperti tajuk lagu nyanyian Nora, Kemaafan Dendam Terindah.

Saya cadangkan buku ini buat mereka yang mencari kelainan dalam novel.  Ia bukanlan kisah cinta yang  pengakhirannya sentiasa bahagia selamanya namun ia berpaksikan realiti hidup kita.  Ada suka, duka, tawa dan air mata.  Ya, hidup ini tak selamanya indah namun tetap ada keindahannya dalam setiap ujian yang kita tempuhi.

Sekian,
Haryati
Tajuk : Novel Hafalan Solat Delisa
Penerbit : Republika
Penulis : Tere liye
Muka surat : 266 ms


Pada musim cabaran kali ini saya memilih karya tere liye kerana pastinya sebahagian besar masyarakat pernah menonton adaptasi novel Hafalan Solat Delisa yang muncul di kata televisyen suatu ketika dahulu. Dan kini boleh juga dimuat turun di laman sesawang lain. 

Daripada satu sisi pandangan kecil saya, dapat dilihat bagaimana terdapat beberapa perbezaan yang dapat dikenal pasti seperti perubahan watak nama yang diketengahkan  di dalam movie iaitu misalnya penampakan watak Kak Ubai yang dilihat berbeza dalam beberapa segi iaitu kewujudan beliau di beberapa latar tempat dilihat tiada ketika dalam filem bahkan nama Kak Ubai itu sendiri juga telah diubah. 

Jika diberikan pilihan dalam memilih antara filem dan novel saya lebih menyarankan untuk membaca novel untuk mendapat kesan emosi yang lebih mendalam kerana tulisan karya tere liye tidak asing dalam memberikan para pembaca magis yang menyentuh perasaan dalam apa pun buku yang beliau hasilkan.

Apatah lagi novel ini amat berkait rapat dengan tragedi tsunami yang menimpa acheh pada Disember 2004. Karya ini dihasilkan kerana tragedi tersebut. Maka tidak hairanlah mengapa filem dan novel beliau diulang tonton dan cetak berjuta kali. Watak anak perempuan yang menyedarkan kita bahawa redha dan ikhlas itu akan selalu hadir disaat hati kita tulus berdepan dugaan Tuhan. Betapa hikmah akan selalu terlihat andai kita sudi menjernihkan jiwa. 

The Scorch Trial is the second book from the Maze Runner series. The movie is published in 2015. While the book written by James Dashner is publish in 2013 by Chicken House.

What after they succeed escaping The Glade? After fighting toe-and-toe with the killer machine. The game is already over? No, truth is the game is not over yet!

They wake up to the noise from zombies all around their house. Wondering how on earth everything that calm and feel normal changing in one night? Where are everyone that help and rescue them from WICKED? All the zombies all around them coming from where?

They need to figure things out. Finding a safe and closed place away from the zombies reach to peacefully think. In finding one closed room they discover that those who rescued them has been brutally killed. Who killed them? How they get killed?

Approaching Teresa room lead to bigger question when it clearly written outside her room “Teresa The Betrayer” what does it means? And the questions get complicated when the person in that room is not Teresa? Who is he? Where is Teresa?

Aris, the one in the Teresa’s room is actually from the group B. There is exactly another Glade just what they escape from. The difference is their group is all boys and one girl. While Aris’s group is all girls and one boy which is he, himself. What is the true purpose of this experiment? What they supposed to do now?

One day they wake up to a stock of foods and a man sitting across the room with a transparent glass separated him from the Gladers. Not answering a single question. Not responding to everything done by the Gladers. Once his time come, he finally spoke. They have a new mission. Tomorrow they need to get into the Flat Trans within 5 minutes. Find a way out. Cross the scorch blazing sun heading to north. In 2 weeks time from the moment they hop into the Flat Trans, they need to reach safe haven. Get a cured from the flare, a virus that everyone has within theirs now.

Everyone get on the Flat Trans right on time. And everything is just pitch black after that. Moving forward with Minho lead the group to find a way out. When suddenly a whisper from the old man repeatedly said they need to go back or they will get sliced. Contemplating but keep moving forward. Suddenly a scream from Glader take over room. And Thomas figure out that they is a metal ball eat up the Glader head. Everyone is shocked. Running forward to safe their life from whatever killing machine they will sliced their head.

Minho finally reach stack of stairs. Climbing up together with Newt and Thomas to see is there any door ahead. Once open they got blind by the direct line of the light. Not to mention the heat. It definitely hot as is the sun is only few metres away. They need to get out no matter what. The Killing Machine ball nearly eat up Winston few minutes back. It the only choice they had for now.

Face the heat and heading to nearest tree or building for shelter is their mission now. It just too hot for them. Not even a single tree nor a building is seen. But they keep moving forward in search for one. Heading to north, towards the safe haven. In two weeks time.

Few days after walking miles through the dessert, a storm approach them. A storm with lightning thunder. They already reaching an abandoned building by then, they need to run fast into that building to save their life or else they will get burned by lightning in open space like this.

Once the storm settled, everyone wake up with a groan of hunger. They need to find source of food and water. They need it in order to get the sufficient energy to continue their journey.

Afterwards they make an alliance with two citizens, Jorge and Brenda. Both of them will help them with foods and water and get to safe haven safely in return they will received the cure been promised to The Gladers.
Things doesn’t work out smoothly and easy afterwards. Thomas and Brenda got separated from the group in one explosions. Both of them using underground tunnel to room across the town. Fighting with zombies. Thomas also discovered a dull metal with some lettering just what he used to see in The Glade. The difference is, the once in The Glade said World in catastrophe – killzone experiment department. While this one it said THOMAS, YOU’RE THE REAL LEADER. What it really mean? Doesn’t the tattoo written on Minho back stated that he is the leader? While what written in his is To get killed by Group B. He don’t understand what happening here.

After that new discoveries, both of them is welcomed by another group of citizens. Thomas is being shoot in his shoulder when he and Brenda attempt to get out from that particular group with the help of the other Gladers, they get reunited. Thomas is infected by the bullet and get weaker, Suddenly a Berg come and take Thomas. The mysterious people from the Berg send him back to his group once his shoulder is healed. Is they WICKED? If it is, why they save Thomas? How many people had died in the last few days while WICKED stood by and watched? And why was it any different for Thomas, just because he’d been shot by a rusty bullet? What is it about Thomas that makes him so special?

The next day, all of them moving towards the mountain. The safe haven will be few miles after the mountain. Upon reaching the mountain, Teresa appeared, with a group of girls. Those in Group B, Aris’s group. They have weapon with them, and take Thomas with them. They received instructions to kill Thomas.

Thomas is being longing for Teresa for long, but now she act as if he has done an awful thing to her. What has he done? Is Teresa is being controlled by WICKED just what Ally is in The Glade?

After all the girls of Group B doesn’t convinced to kill Thomas just like what Teresa insist to do. And turn up, Teresa is with Aris from the beginning. She really a betrayer just what it is stated outside her room. Both of them communicate telepathically since in The Glade. Both of them trick Thomas to enter a gas room. Is this how Thomas supposed to die? By gas, not by the rusty blood? Huh.

What happen to the other Gladers from both group? Are they managed to reach the safe haven on time? Do Brenda and Jorge able to received the cure? Is this really the end of the game?

If, you watched the movie .. the movie is about 20-30% same like the book. It is recommended for you to read the book even if you had watch the movie. Its totally a different feeling. Enjoy the adventure and the run!

Wednesday, 13 June 2018

Charlie and the Chocolate Factory adalah cerita fantasi dan penuh magis. Buku ini dapat menimbulkan satu perasaan ingin tahu dan setiap chapter cerita berjaya mengimaginasikan betapa indah kilang coklat ini.

          Charlie seorang kanak - kanak yang tinggal bersama kedua ibu bapanya dan kedua dua belah atok dan neneknya (ibu bapa kepada ibu dan bapanya. Mr Bucket dan Mrs Bucket adalah ibu bapa charlie. Grandpa Joe and Grandma Josephine adalah ibu bapa Mr Bucket manakala Grandpa George dan Grandma Georgina adalah ibu bapa Mrs Bucket. Mereka tinggal di rumah kayu yang kecil di antara bandar yang sangat membangun. Mereka makan apa yang ada dan selalunya makanan mereka adalah sup kubis, roti dan kentang rebus. Biar pun mereka susah, mereka tidak pernah kelaparan. Namun begitu Charlie diantara yang masih tidak cukup makanan untuk membesar. Walaupun ibubapanya sanggup membahagi makanan. Charlie sangat inginkan COKLAT. Setiap pagi menuju kesekolah, Charlie akan melalui kedai - kedai yang penuh makanan berasaskan coklat dan sesekali dia melihat kanak - kanak yang tamak makan coklat sehingga penuh mulut dengan coklat.

       Dipemandangan rumah Charlie dia boleh melihat satu Kilang Coklat yang besar dan gah. Kilang WONKA yang dimiliki oleh Mr Willy Wonka yang dimiliki seorang pencipta teragung dan pembuat coklat yang agung. Setiap hari Charlie menghidu keenakan wangian coklat itu. 

     Setiap petang Charlie akan mendengar cerita daripada atuk - atuk dan nenek -neneknya. Grandpa Joe mula menceritakan tentang Wonka Kilang Coklat. Pandangan Grandpa Joe terhadap Mr Wonka adalah dia seorang pembuat coklat yang "amazing", "fantastic" dan sangat luar biasa yang pernah grandpa joe lihat. Menurut Grandpa Joe, Mr Willy Wonka mampu memcipta bar coklat dengan bentuk berbeza, lebih manis dan bekrim dan sangat sedap berbanding kilang coklat yang lain. Grandma Josephine menpersetujuinya.

 Menurut cerita Grandpa Joe dulu beribu orang keluar masuk ke dalam kilang coklat wonka sehinggalah pada suatu hari seorang daripada mereka tidak pernah pulang rumah. Semuanya kerana penyiasat. Banyak pembuat coklat yang merasa cemburu dengan keenakan coklat En Wonka. Dan mereka ingin mencuri resepi rahsia coklatnya. Penyiasat itu masuk seperti biasa dan akhirnya mendapat rahsia coklat itu dan membuatnya sendiri. Bila Encik Wonka menyedari hal ini dia terus menutup operasi kilangnya

       Sewaktu petang selepas Mr Bucket balik dr pekerjaannya dia membawa suratkhabar dan berita nya tentang kilang coklat En Wonka akan dibuka untuk kali terakhir dan hanya beberapa orang sahaja dibenarkan masuk.

       Dan syaratnya mereka  perlu mendapatkan tiket emas yang ada didalam bungkusan coklat. Siapa kanak- kanak yang berjaya mendapatkan tiket emas itu akan mendapat bekalan coklat dan gula- gula sepanjang hidup mereka. Hanya 5 daripada mereka sahaja yang layak masuk melihat rahsia dan magis yang ada dalam kilang itu.

       Dan Charlie bercita - cita untuk mendapatkan tiket emas itu. Kebetulan harijadinya dan nenek serta atoknya mendoakan dia dapat tiket emas nya.

Namun Charlie gagal mendapatkan tiket itu. semakin hari semakin kurus Charlie kerana keinginannya mendapatkan tiket itu. Suratkhabar sudah menemui 4 orang kanak - kanak yang memiliki tiket emas itu. Kanak pertama yang menemui tiket itu bernama Augustus Gloop- gemuk, perut besar dan tinggal dibandar besar. Kanak - kanak ke dua yang menemui tiket emas itu adalah Veruca Salt. Kanak - kanak ini tinggal bersama dengan kedua ibubapanya yang kaya. Mr Salt sanggup membeli semua coklat yang ada dan mengarahkan para pekerjanya kilang kacang untuk membuka pembalutnya. Kanak - kanak ketiga yang menemuinya adalah Miss Violet Beauregarde yang sepanjang masa mengunyah gula - gula getah. Dan kanak - kanak keempat yang mememui tiket emas yang keempat adalah Mike Teavee yang dibadannya melekat di tali pinggang dan melilit diseluruh tubuhnya sebanyak18 pistol mainan pelbagai saiz .

    Charlie sangat kecewa. Dia meredah salji dengan kekeringan badannya seperti tidak mencukupi zat dalam badan. Dalam keasyikkan dia berjalan sendiri di tengah salji yang kuat dia tenampak disebalik timbunan salji iaitu duit bernilai "fifty-pence piece". Charlie melihat tiada orang yang melihatnya dan dia mengambil duit itu dan pergi membeli coklat wonka. Charlie menggunakan duit itu untuk membeli coklat kegemarannya iaitu "Wonka's Whipple-Scrumptious Fudgemallow Delight". Charlie sangat menyukai rasa coklat itu. Dengan baki duit yang ada sekali lagi dia meminta coklat yang sama. Sewaktu membuka bungkusan coklat itu, Charlie terlihat sinaran plastik dan penjual dikedai itu menjerit kuat "Nah ini lah dia tiket emas yang terakhir". Ramai lah yang berkumpul dikedai itu malah ada yang menawarkan harga yang tinggi untuk  mendapatkan tiket emas itu. Dengan bantuan penjual kedai itu Charlie berjaya melalui manusia yang mengkerumuninya. Dia belari dan balik kerumah segera menemui atok dan neneknya. Grandpa Joe sangat gembira sehingga sup terkena muka GrandMa Josephine. Tiket itu menyatakan hari pertemuan adalah esok hari. Charlie dan Grandpa Joe membuat persiapan.

Keesokan hari nya mereka berpeluang melihat kilang coklat itu. Kelihatan 4 lagi kanak- kanak yang berjaya mendapat tiket itu. Mr Wonka mengumumkan hanya kedua ibu bapa yang boleh menemankan kanak- kanak, dan Grandpa Joe menemani Charlie. Setelah mereka memasuki ruangan kilang itu kelihatan magis dan keunikan kilang itu. Segala- galanya diperbuat daripada coklat. Padang rumput, sungai dan segala2 nya boleh dimakan. Bermulalah pengembaraan mereka berlima dengan ibubapa masing - masing kecuali Charlie ditemani Grandpa Joe. Dalam cerita ini menceritakan ketamakan dan ketidaksabaran keempat kanak- kanak itu. Keempat kanak - kanak itu tersingkir kerana degil dan tidak patuh pada arahan. Namun mereka berjaya membawa balik selori coklat dan boleh memakannya selama setahun. Berkat kesabaran Charlie mr Wonka menghadiahkan kilang itu. Rupanya mr Wonka mencari perwaris perniagaannya. Mereka semua dijemput tinggal bersama mr Wonka

Thursday, 31 May 2018



“orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah satu kaum yang tersangat miskin. Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikannya mereka kalah atau ketinggalan dibelakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yang tinggi dan mulia- jadilah mereka tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa-bangsa.”

Menariknya naskah setebal 121 mukasurat ini bukan sahaja memuatkan  hasil penulisan Prof. Diraja Ungku Aziz yang diterbitkan pada Februari 1957, tetapi turut terdapat 2 artikel tulisan lama Pendita Za’aba. Antaranya adalah Kemiskinan Orang Melayu dan Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu. Kedua rencana tersebut telah diterbitkan dalam majalah Al-Ikhwan (1927), memetik pandangan Zaaba tentang ekonomi Melayu pada zaman sebelum kemerdekaan dan membicarakan isu kemiskinan orang Melayu dengan kritikan keatas dasar pelajaran secara tersirat. 

Naskah Jejak-Jejak di Pantai Zaman yang dikarang cendekiawan ekonomi Prof Diraja Ungku Aziz bertujuan mencelikkan mata masyarakat tentang kecendekiawan Za’aba. Dengan penghasilan naskah ini juga menyerlahkan lagi ketokohannya sebagai Bapa Tatabahasa Melayu Moden yang telah menggariskan dan memberikan asas system Bahasa Melayu baharu dalam ejaan, tatabahasa dan retoriknya serta memuatkan rumusan yang penting daripada pemikirannya yang digarap dengan jelas. 

Jika disoroti bab awal Jejak-jejak di Pantai Zaman, penulis menyampaikan idea kemiskinan desa mengikut kefahaman Zaaba dalam bahasa yang mudah difahami dan menjadikannya sebagai tumpuan kajian beliau. Melalui rencana yang diterbitkan Zaaba banyak membicarakan tentang nasib orang Melayu dan pembangunan bangsa melalui pengstukturan semula ekonomi negara. Idea-idea Zaaba dan penulis sangat relevan untuk membentuk dasar pembasmian kemiskinan atau yang lebih khusus agenda pembangunan Bumiputera sehingga masa kini. 

Bagi mentakrif kemiskinan orang Melayu, Pendeta Zaaba tidak menghadkan kepada maksud kekurangan pemilikan harta benda semata-mata. Kemiskinan orang Melayu pada ketika itu turut merangkumi kekurangan pengetahuan dan potensi untuk memajukan diri.  Zaaba merumuskan tiga punca utama kemiskinan orang Melayu iaitu penindasan oleh pemimpin masyarakat, kekeliruaan dalam memahami iktikad agama dan kekurangan ilmu pengetahuan. 

Penulisan dalam bahagian Koda Awal & Koda Akhir turut membongkarkan tekanan serta rintangan yang dihadapi Zaaba semasa mencabar scenario ketika itu. Disebabkan tekanan tersebut, idea dan polemik mengenai kemiskinan orang Melayu yang diketengahkan Zaaba tidak mendapat perhatian dalam kalangan pemimpin Melayu era 20an hingga 40an.  Betapa hebat tekanan politik yang dikenakan terhadap Zaaba sehingga beliau tidak dapat menyebarkan fahaman dan pandangan ekonomi kepada umum. 

Pandangan Zaaba walaupun diterbitkan lebih separuh abad berbeza dari segi suasana dan konteks zaman tetapi masih relevan dengan era globalisasi kini. Menurut penulis sendiri melalui makalah Zahir & Batin Ekonomi Melayu, beliau berpendapat bahawa fenomena kemiskinan pada hakikatnya tidak mengenal perbezaan kaum dan bangsa namun tanggapan masyarakat menjadikan fenomena kemiskinan lebih dominan berlaku dalam kalangan Melayu. 

Penulisan naskah ini bukan sahaja menyanggah sterotaip kemiskinan malah membuktikan kemiskinan tidak mengenal kaum. Sesuai dengan judul Jejak-jejak di Pantai Zaman bukan sahaja mengiktiraf kecendekiawan Pendita Zaaba malah mengkaji kembali fahaman beliau yang ditinggalkan berzaman dahulu tetapi masih relevan mengikut peredaran zaman. 

Monday, 28 May 2018

Ulasan novel Sumpah Tujuh Keturunan



Mungkin Franz Roh melihat dua bulan tergantung di dada langit sewaktu menulis Nach Expressionismus: Magischer Realimus sehingga beliau menggagaskan magic realism sebagai aliran seni yang realis tetapi memiliki unsur magis. Kemudian Gabriel Garcia Marquez tampil pula bersama One Hundred Years of Solitude, naskhah yang menyampaikan cerita-cerita aneh, ajaib dan penuh ketakjuban dengan cara bersahaja. Pemisah antara fantasi dan realiti sudah kabur. Fantasi tidak lagi tertera sebagai ajaib tetapi ditangani sebagai sesuatu yang lumrah dan menjadi sebahagian daripada realiti hidup kita. Itulah realisme magis.

Istilah realisme magis menimbulkan perdebatan hangat di kalangan ahli-ahli kesusasteraan kerana tiada kesepakatan tentang maksudnya. Istilah itu terlalu luas dan licin untuk ditakrifkan. Pada tahun 1973, International Association of Iberoamericanists menganjurkan sebuah perjumpaan sekaligus menyarankan agar istilah ini dibuang sama sekali. Namun sehingga kini, realisme magis kekal hidup dan liat untuk dihapuskan. Mungkin dengan membekalkan unsur magis dan keajaiban pada perkara-perkara harian biasa, realisme magis menawarkan kepada kita perlindungan daripada dunia nyata yang kejam dan menghukum.

Sumpah Tujuh Keturunan merupakan terjemahan novel 100 Years Of Solitude karangan gergasi sastera Amerika Latin, Gabriel Garcia Marquez. Penterjemahan ke bahasa Melayu diusahakan oleh Mokhtar Ahmad dan Zulkifli Ahmad danditerbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991 (mengapa DBP tidak lagi menterjemahkan karya-karya sastera luar?)

Saya memilih novel ini sebagai menyahut cabaran 32 Buku; tema pada kali ini adalah buku yang dipilih oleh pemimpin. Setelah membuat sedikit pencarian di Google, saya menemui sebuah artikel yang menyenaraikan buku-buku yang pernah dibaca dan dicadangkan oleh Bill Clinton, mantan Presiden Amerika yang ke 42. 100 Years of Solitude termasuk dalam salah satu buku yang disenaraikan.

Novel ini memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1982, sekaligus mengangkat nama Gabriel Garcia Marquez menjadi pengarang yang diikuti di seluruh dunia. Mahakarya ini diterbitkan pada 1967 bertajuk Cien Anos de Soledad kini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seluruh dunia menggambarkan kebangkitan dan kejatuhan sebuah kota bernama Macondo.
Setiap watak yang diketengahkan oleh Marquez sebenarnya cerminan apa yang berlaku kepada senario Colombia era awal 1850an sehingga 1950an. Plot cerita ini mengikut tujuh keturunan salasilah Jose Arcadio Buendia dan Ursula Iguaran, yang disusun secara kronologi, mengikut peredaran masa selama seratus tahun  Salah satu contoh adegan realisme magis adalah apabila Si Remedios Cantik yang lesap di suatu petang ketika angin bertiup kencang dan dia hilang kerana diterbangkan oleh angin bersama dengan kain yang dipegangnya, gadis pemakan tanah, roh yang berkeliaran di bumi dan anak lahir bersama ekor babi.

Sepanjang perjalanan tujuh keturunan itu, mereka ditimpa bermacam-macam bencana dan ia seperti menjadi pengajaran kepada pembaca tentang balasan buruk yang akan diterima sekiranya berkelakuan sumbang. Semua ini telah dapat diramal oleh Marquedes, seorang gipsi yang banyak mempengaruhi hidup pengasas keluarga Buendia dan mencatatnya di atas kulit binatang dengan bahasa Sanskrit. Namun, segala yang ditulis oleh Marquedes itu gagal difahami, sehinggalah keturunan terakhir Buendia, Aureliano II, membacanya dan mengenal pasti apakah yang berlaku kepada ahli keluarganya sebelum ini.

Watak-watak di dalam novel ini mewakili negara Columbia yang mewah pada suatu ketika, tetapi mengalami kemelesetan ekonomi setelah ditimpa bencana. Marquez berhasrat untuk membuka pandangan pembaca terhadap realiti kehidupan lewat teknik sastera yang hebat - realisme magis.

Friday, 25 May 2018

Tajuk : Hari Esok Untuk Islam
Penulis: Sayyid Qutub
Penerbit: Pustaka Nasional PTE LTD Singapura
Muka surat : 126 muka surat



Pada bulan ini saya telah memilih buku Hari Esok Untuk Islam karya Sayyid Qutub yang mana buku ini telah menjadi pilihan bacaan para pemimpin islam khususnya Tok Guru Nik Aziz iaitu mantan menteri besar Kelantan dan juga pimpinan islam lainnya.

Pendapat peribadi saya, sejujurnya buku kecil ini amatlah wajar dibaca dan dihadam oleh setiap umat islam apatah lagi dalam memilih pucuk pimpinan dalam sesebuah organisasi mahupun Negara. Kerana buku ini amat padat dengan informasi berguna serta bahasa yang amat dekat dengan masyarakat tanpa perlu kepada istilah-istilah berat dan memerlukan kepada penafsiran tempoh panjang. Buku ini mengandungi tujuh bahagian utama iaitu dibawah naungan Al-Quran, Kepuasan Rohani, Hari Esok Untuk Islam, Akidah Dan Kehidupan, Sistem Islam, Potensi Fitrah dan terakhir Jeritan Jiwa.

Saya amat senang untuk mengatakan bahawa tokoh ini iaitu Sayyid Qutub amat bijak membawa masyarakat untuk mengenal Al-Quran di awal proses pembacaan. Penekanan yang beliau berikan di awal muka surat menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kalamullah kepada umat islam. Dalam mengenalkan agama kepada masyarakat haruslah terlebih dahulu penganutnya mempunyai iktikad yang utuh terhadap konsep ketuhanan dan kitabullah yang diturunkan.

Kemudian suka juga untuk saya bawakan salah satu pandangan Mr Dulles yang iaitu salah seorang sarjana kenamaan Amerika. Dimana Sayyid Qutub telah menyertakan bahawa Mr Dulles pernah mengeluarkan kenyataan bahawa suatu sistem sosialis itu terbeban di pundak utama pemuka-pemuka agama dan pemimpin-pemimpin spiritual. Daripada kata-kata Mr Dulles ini kita juga mengakui betapa peranan pemimpin amat penting dalam memebentuk colonial masyakarat yang baik dan bertamadun jiwanya.

Saya menggagumi Sayyid Qutub kerana beliau tidak membelakangkan ideologi-ideologi yang dibawa oleh dunia barat. Apabila terhadap percanggahan kita akan melihat bagaimana santunnya beliau dalam membahaskan isu kefahaman ini hingga cerahlah jiwa kita sebagai masyarakat. Hal ini dapat kita telusuri bersama dengan melihat bagaimana usaha beliau dalam mengenalkan kita kepada titik perintah yang dibawa oleh sisi dunia gelap suatu ketika dahulu. Seperti kerajaan jazirah arab, Kerajaan India sebelum 3 masihi dan sebagainya. Semua ini menyedarkan kita betapa konsep spiritual amat penting untuk kepada diri seorang manusia. Tanpa jiwa yang baik kita akan secara tidak langsung menjadi sekadar mayat hidup yang menanti sakaratul maut.

Akhirulkalam, buku ini adalah satu wadah penting untuk kita hadamkan bersama dalam kita mencari satu titik kebenaran dalam diri. Dimana sayyid Qutub berulang kali menegaskan bahawa materialistik, kemasyhuran hanya akan membawa manusia kepada kehancuran tanpa dipandu oleh iktikad akidah dalam akar jiwa agama.

Thursday, 24 May 2018






Anak Raja dengan Anak Papa
Penulis : Mark Twain
Penterjemah : Za’ba
Penerbit:  Dewan bahasa dan pustaka
Halaman: 422
Tahun diterbitkan: 2004
Nombor ISBN: 983-62-7186-4
Genre: Fiksyen

Cabaran kedua bukujalanantiti.

Tema kali ini bacaan oleh pemimpin.  Jenuh mengintai di sebalik rak buku. Lantas mendapat ilham tentang buku ini.  Bersesuaian pula dengan musim pilihan raya. Buku ini istimewa kerana ia siap diterjemah pada tahun 1934. Oleh itu, gaya bahasa dan lenggoknya mengikut keadaan  ketika itu namun ia masih boleh difahami dan tidak merencatkan proses pembacaan.  Ia buku pertama diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada tahun 1958. Setahun setelah Malaya merdeka.

Buku ini diterjemah oleh Pendeta Za'ba, Bapa Persuratan Melayu, penulis buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Secara logiknya, penterjemah biasanya akan menghadami sesuatu buku sebelum menterjemah buku tersebut.

Ini kisah Tom Canty (anak papa) dan Edward Tudor (anak raja) saling bertukar identiti kerana ingin merasai corak kehidupan lain yang disangkakan lebih seronok.
Anggapan mereka ternyata meleset. Hidup tidak seindah yang dibayangkan.  Si  Edward, ternyata hidup penuh derita. Ayah  dan nenek Tom Canty, pemabuk dan sering mendera fizikal Tom.  Itu juga yang dialami oleh Edward.  Walaupun Edward berkali-kali mengakui bahawa beliau anak raja sebenar,  semua orang tidak mempercayai serta memperlekehkan kata-katanya.

Lagi parah, pabila John Canty membunuh paderi  yang cuba mempertahankan Edward yang disangka Tom dari didera lantas mereka terpaksa melarikan diri dan bersatu dengan kumpulan perompak dan penyamun.   Edward dipaksa menjadi penyamun dan peminta sedekah.  Edward hidup dalam pelarian kerana beliau tidak mahu mengerjakan perbuatan tersebut.

Kemudian Edward dipertemukan dengan Hendon Miles, seorang  bangsawan yang tersingkir dari rumahnya. Miles yg selalu mempertahankan Edward dari dihina, dikeji malah dicederakan oleh orang ramai. Pendekata,  Edward belajar bagaimana tidur beralaskan jerami dalam kesejukan, kelapran, keletihan serta melihat ketidakadilan undang2 dan kesusahan kehidupan golongan marhaen.

Berlainan dengan Tom, walaupun Tom mengakui yang dirinya bukanlah Edward, namun pihak istana sentiasa menatangnya selayak seorang anak raja. Tom juga terpaksa belajar adat istiadat diraja yang penuh protokol dan tidak menggembirakan hatinya. Lama kelamaan Tom terbiasa dgn adat istiadat tersebut.

Kemuncak pengalaman Tom apabila ayahanda Edward mangkat.  Tom harus menjadi putera mahkota England seterusnya Raja England. Dalam kesenangan dan kemewahan, Tom terkenangkan ibu dan dua orang kakaknya serta  Edward, anak raja sebenar.

Dapatkah edward mewarisi kembali takhta dan harta miliknya dan bagaimana keadaan Tom, adakah Tom dihukum gantung kerana pertukaran identiti tersebut.Segalanya terjawab dalam karangan Mark Twain yg ditulis pada tahun 1881 ini.

Saya belajar dua perkara dari buku ini. Pertama, redhalah dengan apa yang telah Allah tetapkan pada kita.  Jadilah diri kita sendiri.  Usah cuba meniru identiti orang lain.  Itulah yang terbaik buat diri kita.  Mungkin itulah yg cuba disampaikan dalam buku terlaris Abdullah al -Qarni, Jangan Bersedih. Catatan jadilah diri sendiri diulang berkali-kali dalam buku tersebut.   Juga permintaan doa kita, agar Dia  tidak membebani kita dengan ujian atau dugaan yang tidak sanggup kita memikulnya.

Kedua, bagaimana selayaknya raja atau pemimpin patut berperanan. Pemimpin sepatutnya lebih menjiwai kesusahan dan penderitaan rakyat dengan sama- sama merasai apa yang rakyat rasa. Pemimpin yg sama turun padang, merasai nikmat mencari makanan yang sedap dan murah di pasar malam bukannya merasai santapan yang enak di restoran-restoran mewah.  Pemimpin yang sekadar berkempen agar rakyat marhaen berjimat cermat sedangkan mereka sekeluarga seronok membeli-belah barangan  mewah di luar negara.   Jadilah seperti pemimpin di zaman Khalifah yang empat, sanggup menyamar di waktu malam untuk menyelami susah payah dan pahit getir hidup para marhaen.

Saya cadangkan buku ini kepada setiap orang, kanak-kanak, dewasa, miskin atau berada.  Betul ia ditulis lebih satu abad yang lalu, namun ia kekal relevan sehingga kini.

Sekian,

Haryati Abd Halim