Berakhirlah sudah 2017, nak masuk 2018 pula. Huhu. Sepanjang 2017 ni, kalau ada buku terbaik yang orang minta cadangkan, saya pun blur juga nak bagi cadangan apa. Tapi bagi sayalah, buku Mata Hati Kita terbitan GerakBudaya dan Kryss. Buku ni sebenarnya kontroversi sikit la kot kalau orang yang tak bersetuju dengan mereka. Tapi bagi saya, saya baca untuk pengetahuan sahaja. Ok, bagi saya kenal buku macam kenal manusia juga. Kalau nak berkawan kita mesti kenal kurang-kurang nama dulu kan. Ok, buku ni saya terbelek dalam 5 bulan sebelum. Tengok-tengok ada komik, saya memang ada soft spot kat buku yang ada tulisan dan lukisan ni, macam buku yang kita baca masa kecil dulu. Jadi masa tu saya baca komik tu, pasal orang Melayu tapi ada konflik dengan keluarga sebab dia nak jadi perempuan. Dia lelaki. Ohh ok, jarang orang nak tulis pasal buku pasal topik camni sebab dia macam taboo kan. Tapi masa tu takde duit lagi nak beli jadi saya baca 2 3 muka surat sahaja. Tapi tu pun tertarik dah.
Jadi lepas 5 bulan, dah dapat gaji (haha), terus saya teringat balik kat buku ni dan cari kat kedai. Masa mula-mula baca tu baru faham, buku ni ialah kompilasi catatan golongan lesbian, biseksual dan golongan transgender kat Malaysia. Ada 24 kisah semuanya, mewakili semua kaum (dia takdelah spesifikkan kaum apa tapi bukan Melayu sahajalah). Macam saya cakap, benda ni taboo, jadi saya pun jarang dengar kisah macam ni kecuali daripada telemovie sutun dulu, kisah yang ada mak nyah kat tv (biasanya yang drama Rashid Sibir yang malam raya,huhu), dan..Mastika (kisah Lorong Hj Taib). Selebihnya, tak tahu sangat, macam mana dorang jadi macam tu semua. Tapi sekarang kan ada Riz Ulala, Sajat dan seumpamanya. Jadi setakat itu sahajalah.
Buku ni ada 142 muka surat dan dwibahasa. Ada yang menulis dalam bahasa Inggeris, ada yang Bahasa Melayu. Setiap seorang tu ada macam-macam faktor kenapa jadi macam tu. Sebab suka cross-dress, membesar dalam keadaan yang harsh. Ada yang discover dia – perempuan, tak suka lelaki bila dah masuk sekolah. Dia sangat suka kawan perempuan. Perhubungan tu rapat sangat sampai satu extend yang bila kawan dia ada boyfriend dia spacekan diri dia dari kawan tu, dan lepastu mereka discover dorang bukan kawan biasa, dorang ditakdirkan untuk satu sama lain. Ada lelaki yang nak jadi perempuan, sebab dia suka cara orang perempuan dilayan. Dan tambah lagi sebab keluarga tak terima perubahan dia, jadi dia rebel dan betul-betul frust kenapa keluarga dia tak nak sit down dan cakap pasal ni. Ada tu yang dia perasan memang hormon dia lain sikit, walaupun dia perempuan tapi dia pecah suara dan lagi suka jadi lelaki sebab lelaki tak perlu pengawasan ke, pakai tudung macam perempuan. Lebih bebas kiranya. Yang keluarga menyokong, keluarga pulaukan. Setiap kisah tu unik.
Tapi banyaknya, mereka mengalami kemurungan, hampir bunuh diri sebab keluarga menentang, perpisahan dengan boyfriend/ girlfriend. Nak minta kerja pun ada pandangan serong padahal mereka ada pencapaian belajar tinggi. Jadi end up kerja tak sama taraf atau buka bisnes atau melacurkan diri. Mana-mana pergi akan ada mata yang memandang dan keluarga pun terima tekanan bila mulut-mulut yang bercakap dorang tak pandai jaga anak. Sebab golongan trans ni pilih untuk jadi apa yang mereka rasa sebagai mereka sendiri. Saya ingatkan kat kaum Melayu, khususnya yang agama Islam je macam tu. Tapi tak, umumnya berdasarkan tulisan ni, kaum lain pun sama. Jadi, basically payah la untuk golongan transgender ni hidup di Malaysia.
Ada satu part yang mention pasal Fatine Young, kes yang tahun 2010 kot, transgender dari Malaysia yang femes kat UK sebab kahwin dengan lelaki sana dan tinggalkan ‘suami’ dia lepas dapat Visa. Ramai la golongan transgender ni prefer pindah ke luar negara sebab kat Malaysia, tak menyokong perubahan mereka.
Menarik juga, ada seorang ni – transgender yang takut diberi ceramah kaunseling. Sebab dia takut terjatuh hati kat Imam yang bagi ceramah tu. Dia mengaku pernah sukakan Imam yang bagi bimbingan untuk dia jadi lelaki balik. Saya bila baca tu macam Ok..huhu. Tapi sedih juga, bila ada satu part yang ramai maknyah buat kerja maksiat/ bila ditangkap banyak kali mereka akan buat lagi kerja yang sama sebab tak ada orang nak ambil mereka buat kerja lain, keluarga pun dah buang mereka, masyarakat pun takkan terima. Jadi mereka terpaksa balik ke jalan tu. Kesian.
Komik-komik dalam buku ni pula adalah ringkasan bergambar untuk mengilustrasikan setiap pengalaman yang ditulis. Bila baca buku ni, saya pun ada terbayangkan madrasah untuk golongan waria (mak nyah) di Indonesia. Golongan ni beragama Islam dan nak dalami Islam, ada ustaz yang membimbing dan semua yang ada situ waria, cuma tak buat dah kerja maksiat.
Saya rasa buku ini sangat best dan perlu dibaca orang ramai sebab dia lain daripada yang lain. Tak klise. Jarang nak dengar pengalaman orang sebegini, yang hakikatnya realiti. Sedih pun ada. Terus saya teringatkan yang saya kalau lalu Lorong Hj Taib tu saya sendiri pun takut. Pernah 2 tahun lepas pergi sebab ada program kebajikan bagi makan kat sana, saya dipanggil ‘makcik’ oleh ‘kakak’ yang tinggal di hotel bajet tu. Kelakar pun ada. Saya kongsikan bacaan ni bukanlah sebab nak promote LGBT ke apa, cuma terfikir ada sebab mereka jadi macam tu, dan kita pun janganlah cepat menghukum. Dan sebelum ni ternampak kat FB yang Mufti Wilayah ada approach golongan begini dan itu adalah usaha yang sangat baik. Semoga ditunjukkan kebenaran pada mereka dan kita.
Buku yang sangat membuka minda bagi saya.
No comments:
Post a Comment