Bagi cabaran kelima Buku Jalanan Titi, iaitu biografi, pada awalnya saya ingin memilih Buku Ayah daripada HAMKA, tapi akibat kesukaran untuk menghabiskannya, (buka tutup separuh, baca dua muka surat dan tutup) saya akhirnya memilih untuk mereviu buku When Breath Becomes Air – Paul Kalanithi (228 muka surat). Buku ini ialah bestseller di peringkat antarabangsa, dan saya setuju ramai orang yang ada mid-life crisis atau rasa tengah down ke apa untuk baca buku ni. Fakta menarik, Paul Kalanithi, penulisnya sudah meninggal dunia pada 2015 dan buku ini ialah rakaman catatannya sebelum meninggal. Lebih kurang macam stail penulis tu nak sampaikan, bila kita dah tak ada banyak masa, apa benda sebenarnya yang kita nak dalam hidup ni? Sebab tu kat cover dia ada cakap ‘What Makes Life Worth Living In the face of Death?’. Tambah pula dengan gambar orang pakai baju bilik bedah dengan penutup kepala tu. Buku ni ada 225 muka surat semuanya.
Sedikit sebelum kita reviu buku ni, sebenarnya buku ni ada kawan saya yang perkenalkan masa join Kem Buku Jalanan Titi 2018, tapi masa tu saya tak berminat sangat sebab baca buku berbahasa Inggeris ni biasanya saya payah nak habiskan, tapi dia insist cakap buku ni best, pasal Doktor yang kena kanser. Pulak tu masa tu dia beli buku ni shipping oversea, haha. Dalam 7 bulan selepas tu, malam sebelum ulangtahun ke-24 saya (yang tiba-tiba terfikir banyak benda), berjalan-jalan di MPH dan ternampak buku ni kat ruang display. Masa tu tengah contemplate pasal life, fikir what ifs semua, dan buku ni secara tidak langsung macam bagi hint, ok, apa jadi kalau kita dah hampir nak capai semua benda yang best dalam hidup, dan tiba-tiba kita ada sebulan je lagi untuk hidup, contohnya. Itu yang terus tertarik nak baca tu.
Itulah yang jadi kat Paul Kalanithi. Dia merupakan seorang neurosurgeon (pakar bedah otak), genius dan polyglot (pakar dalam banyak bidang). Dia ada ijazah dalam English Literature, biologi, sejarah dan lepas habis degree ambil keputusan untuk masuk dalam bidang perubatan, terutama bab bedah otak ni. Kat oversea, benda biasa untuk orang ada double degree jadi Paul ialah salah seorang yang macam tu, sebab ada orang nasihatkan dia kalau biasa laluan kerjaya lepas ijazah English Literature ni jadi Pensyarah biasanya. Dan dia tak nak laluan kerjaya tu, dia nak sesuatu yang memuaskan hati dia, tambah keluarga dia ada background perubatan. (Ayah dia doktor dari India yang berhijrah ke US bersama mak dia- yang ada background study fisioterapi).
Perkara pertama yang dia cerita dalam buku ini ialah,apabila dia tengok CT scan yang menunjukkan paru-paru yang ada tumor, dengan kecacatan pada tulang belakang. Paul ni, masa tu umur 30-an, dalam tahun akhir nak siapkan training dia untuk jadi pakar bedah. Banyak scan dah dia diagnos sebelum ni, tapi kalini dia diagnos dia punya CT scan dan dia sebagai pesakit, bukannya doktor. Isteri dia, Lucy pun doktor juga. Jadi dia tulis autobiografi ni bila dia tahu yang sakit belakang teruk yang dia alami sebelum ni bukan sakit biasa, tapi kanser paru-paru dan dia ada masa yang singkat untuk hidup. Kira buku ni macam reflection kepada hidup dia. Banyak medical terms yang dia terangkan dengan ayat mudah. Umur 36, Paul dah ada hampir segalanya, dia dah bayangkan hidup dia akan datang macam mana. Jadi doktor pakar bedah, ada kajian, hidup bahagia dengan Lucy, bakal anak mereka (masa tu dorang tak merancang untuk ada anak lagi), segala usaha dia selama ni akan berhasillah kiranya. Tapi tiba-tiba dia ada sakit belakang yang teruk dan turun berat badan dengan banyak.
Sebagai seorang doktor, dia tahu ada yang tak kena, dan betul, ada benda yang tak kena. Buku ni kemudiannya cerita pasal konflik perasaan, hubungan engan orang sekeliling dan tindakan yang dia ambil lepas dapat tahu dia sakit. Dahla dia study neurosurgeon kot, bukan calang-calang dan dah banyak effort dia habiskan untuk capai tahap dia sekarang. Baca buku ni macam baca diari pun ada, tapi ayat dia sangat tersusun dan menyentuh hati. Hari-hari dia tengok kematian kot, dan tak dia sangka kematian tu pun dekat dengan dia. Pasal titik pertemuan antara kepercayaan dia kat Tuhan dan bukti saintifik. Cara dia cope dengan berita tu ; dia start discover benda yang dia minat balik. Literature. Perjalanan menuju kematian tu buatkan dia fikir prioriti hidup dia, dan dia dan Lucy ambil keputusan untuk ada anak, dan sempatlah dia tengok anak dia sebelum meninggal. Cuma buku ni tak sempat diterbitkan.
Akhir sekali isteri dia tulis epilog tentang Paul Kalanithi yang dia kenal. Seorang yang sangat baik dan suka membantu orang semasa hidup, dan buku ni pun adalah salah satu cara dia bantu orang yang struggle dalam hidup, sedang mencari tujuan.
Pengalaman dia tapi kebanyakan orang boleh relate. Terima kasih Paul Kalanithi. Betullah orang cakap, kalau nak hidup selama-lamanya, menulis. Buku ni juga, kalau rasa stres, best untuk ulang baca sebab dia macam bagi peringatan dan feeling, macam mana kalau esok kita dah takde?
Kita tak pernah tahu.
No comments:
Post a Comment