Laporan Akhbar



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Berikut adalah liputan laporan akhbar tempatan berkenaan sebahagian aktiviti kami. Kami berterima kasih kepada pihak Berita Harian dan Sinar Harian yang sering memberi sokongan dengan memberikan liputan sehingga dua muka surat. Hal ini amat bermakna buat kami kerana ia sedikit sebanyak memperkenalkan kami kepada masyarakat umum. Kami kongsikan kepada anda berserta sedikit ringkasan catatan.

1. Akhbar Sinar Harian (Edisi Tengah)
10 Jun 2012
(Diambil semula di blog Dr Sepet Menulis)
"Jom Baca Sambil Santai"



Ini adalah laporan berkenaan acara sulung kami yakni pada 3 Jun 2012. Pada hari acara sedang berlangsung, ramai rakan dari buku jalanan kawasan berhampiran turun. Ada juga yang terus membawa buku dan mendermakan kepada kami. Dan konsep Buku Jalanan agak baru di Taman Tasik Titiwangsa juga warga Kuala Lumpur. Maka kami memudahkan dengan menggunakan tiga  kata yakni pinjam, percaya dan pulang.



2. Akhbar Berita Harian
14 Januari 2014
"Buku Jalanan Dekati Masyarakat"


Liputan akhbar dua muka surat yang sangat menarik. Pada hari berita ini keluar kami mendapat pelbagai makluman yang sangat positif termasuk dari Dato' Johan Jaafar sendiri dan beliau menyatakan hasrat ingin hadir. Beliau ingin melihat sendiri aktiviti Buku Jalanan Titi.



3. Akhbar Berita Harian
24 Januari 2014
"DBP,ITBM Digalak Membudayakan Buku"


Kehadiran Dato' Johan Jaafar berkongsi pendapat kepada penggerak kami. Beliau merasa sangat gembira aktiviti sebegini dianjurkan sendiri oleh anak muda. Dan yang paling utama kendiri, yakni mampu menggerakkan semangat sukarelawan dalam membawa budaya membaca kepada masyarakat awam.



4. Akhbar Berita Harian
30 Januari 2014
"Buku Jalanan Pikat Generasi Muda"


Kehadiran rakan wartawan yang membuat liputan aktiviti kami pada hari tersebut yakni "Apa Itu Zine?", Kami menjemput beberapa rakan yang sering mengeluarkan zine sendiri dan berkongsi ilmu. Ianya lebih kepada kelas percuma kami kepada masyarakat awam di Tasik Titiwangsa.



5. Akhbar Sinar Harian
12 Ogos 2014
"Buku Jalanan TITI Kongsi Mesej Keamanan DEMI GAZA"


Kami menganjurkan aktiviti yang bertajuk DEMI GAZA, bersekali dengan Aqsa Sharif dan juga beberapa rakan yang membaca puisi. Persembahan muzik serta mime dari rakan artis yakni Jes Ibrahim dan Sefa. Ingin kami kongsikan disini, kami masih menggunakan logo solidariti Gaza pada gambar profile Twitter dan Facebook fanpage Buku Jalanan TITI atas faktor 100% dokongan kami pada Palestin.



6. Akhbar Berita Harian
2 Februari 2015
"Sasterawan Negara Dari Kaca Mata Khalayak"


Pada tahun 2015 kami menganjurkan Bicara Karya Dan Sikap Sasterawan Negara. Pembicaranya adalah peminat, pembaca, peneliti atau siapa pun yang mahu berkongsi karya - karya Sasterawan Negara. Maka siapa saja boleh berbicara dalam acara kami. Setiap bulan seorang pembicara akan membicarakan satu Sasterawan Negara. Pada awalnya, 12 Sasterawan Negara bersesuaian dengan 12 bulan yang kami rancang. Akan tetapi Alhamdulillah telah muncul anugerah Sasterawan Negara ke 13 yakni Dr. Zurinah Hassan, maka Bicara Karya Dan Sikap Sasterawan Negara kini ada 13 yang perlu dibicarakan. Walau bagaimanapun hanya seorang sahaja Sasterawan Negara yang tiada pembicara, yakni Kemala. Dan kami akan edarkan e - book tulisan pembicara untuk perkongsian.



7. Akhbar Berita Harian
23 Februari 2015
"Rak Buku Awam Pertama Di Taman Tasik Titiwangsa"


Buku Jalanan TITI melangkah kehadapan dengan menyediakan rak buku pertama di Malaysia. Siapa pun boleh mendapatkan bacaan di sini. Pengunjung boleh mengambil dan memulangkan buku pada bila -  bila masa. Acara perasmian telah berlangsung dengan sangat meriah, kehadiran Dato Saifuddin Abdullah dalam merasmikan acara ini begitu bermakna. Ramai yang masih tidak percaya akan tindakan drastik yang kami laksanakan ini. Namun dalam menuju negara maju kami percaya kepada rakyat Malaysia akan bersama kami menjaga rak buku ini.



8. Sin Chew Daily
7 September 2017


Temubual dibuat selepas acara Simposium Buku Jalanan Sedunia Ogos 2017, acara yang mengumpulkan lebih 30 penggerak Buku Jalanan seluruh dunia. Setakat Oktober 2017, Buku Jalanan sudah mencapai lebih 90 gerakannya di seluruh dunia. Buku Jalanan TITI ditemubual oleh wartawan Sin Chew Daily untuk berkongsi aktiviti yang pernah dijalankan oleh Buku Jalanan TITI.

No comments: