Mengenai Kami

Buku Jalanan ialah satu acara yang berkonsepkan peminjaman bahan bacaan secara percuma dan aktiviti-aktiviti seni. Ianya diilhamkan daripada perpustakaan bergerak menggunakan basikal di Amerika Syarikat. Buku Jalanan bermula di atas rasa keinginan untuk berkongsi budaya membaca bersama masyarakat dengan harapan ianya akan dapat mewujudkan ruang aktiviti yang melibatkan masyarakat dengan fokus kepada bahan bacaan dan aktiviti seni. Buku Jalanan yang pertama diwujudkan bertempat di Shah Alam dan seiring dengan peredaran masa, sehingga kini terdapat lebih 91 Buku Jalanan telah ditubuhkan merata dunia. (Senarai Buku Jalanan Seluruh Dunia)


Logo 2012 - 2016


Logo Kini





Poster Awal

Buku Jalanan Taman Tasik Titiwangsa (selepas ini disebut Buku Jalanan TITI) dicetuskan bersama oleh Saudara Mohd Perewa dan Edry Faizal selepas mereka hadir di Buku Jalanan Shah Alam. Merasakan di Kuala Lumpur tiada lagi acara seperti ini. Maka mereka berdua bersama teman lain yang rata-ratanya berkenalan dari laman Twitter mula berkongsi idea dan pendapat. Maka 3 Jun 2012 adalah tarikh pertama buku jalanan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa.
Buku Jalanan TITI berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa, Ahad. 2 minggu sekali.


Lokasi Kami
Saban tahun pertambahan penggerak dari pelbagai latar belakang membantu dalam gerakan Buku Jalanan TITI. Tahun 2012 diungguli dengan Perewa, Edry, Farhana dan Azim. Kemudian Huzair serta Ain dan Mai turut membantu. 2013 hadir dengan begitu meriah bersama insan yang sudi bersama kami menggerakkan gerakan ini, Nazirul Afiq, Khairiah, Mazni, Huda Engku dan Syarifah Nadhirah. Seterusnya tahun 2014 bersama kami Faizal dan Halim, berserta Faezah, Zaima dan Nizam. Tahun 2015 bersambung dengan kehadiran dua penggerak kami yakni Khairuddin serta Aida Nisa dan pada 2016 penggerak baru yang sudi bersama kami yakni Amira, Petak, Saiful Zamir, Anis Khalidi. Pada 2017, penggerak sudah mula berkurang, yang kekal hanyalah saudara Perewa, Huzaire, Saiful Zamir, Nizam dan saudari Mazni serta Khairiah yang menjaga talian kami. Semoga kami terus cekal meneruskan gerakan Buku Jalanan TITI ini.

Beberapa foto penggerak



Kami boleh dihubungi melalui
FanPage Facebook - Buku Jalanan TITI
Facebook Profile - Buku Jalanan TITI
Twitter - Buku Jalanan TITI
Instagram - Buku Jalanan TITI
Gmail - bukujalanantiti@gmail.com
Hotline - 011-29004970
atau klik pada nama penggerak di bawah

No comments: