.

.

Friday, 30 December 2016


Salam dan selamat sejahtera,

Ada yang bertanya, macam mana kau boleh baca buku banyak-banyak? Setiap yang bermula pasti akan ada penamatnya. Begitu juga cabaran bacaan 32 buku yang pertama kali kami anjurkan. Seperti yang dijanjikan berikut adalah ringkasan dari cabaran yang kami sediakan.

Ianya bermula dengan cetusan idea yang muncul dari sebentuk postcard di alam maya

Sally has 32 books
She reads 32. What does she have now?
Happiness. Sally has happiness!


Maka kami mewar-warkan iklan untuk mencari peserta cabaran pada 1 Januari 2016. Dan berikut adalah senarai peserta yang mempunyai latar belakang berbeza. Namun mempunyai minat yang satu, yakni menghormati buku.

NAMA
PROFESION
PENULIS YANG DIGEMARI
Khairiah
Mahasiswa (Master)
Faisal Tehrani
Aizat
Kerja
J.K. Rowling
Fairuz
Kerja (Freelancer)
Arena Wati/Chairil Anwar/Sophie Kinsella
Aina
Graduate Trainee Engineer
Imaen
Fahmi
Mahasiswa (Degree)
Hamka dan Andrea Hirata
Rinzal
Investment Analysis
Fahmi Mustafa, J.K.Rowling
Ahmad Aswad
Mahasiswa (Asasi)
Chairil Anwar
Naziatul
Peguam
Noor Suraya
Asmidar
Pensyarah
Faisal Tehrani/Arena Wati/Imran Nazar Hosein/Paolo Coelho
Ayesha
Mahasiswa (Degree)
Ariff Adly, Nadia Khan
Aisyah
Cikgu Tuisyen
Haruki Murakami, Hamka

Saya kongsikan disini sekadar mahu memberitahu dapatan yang kami peroleh dari latar belakang berikut. Adakah peminat Chairil Anwar mampu menyelesaikan cabaran yang diberi. Atau peminat Faisal Tehrani lebih berdisiplin? Begitu juga dengan faktor kerjaya dan umur. Ianya bermula dengan 11 orang, akan tetapi semakin berkurangan apabila cabaran mula diberi.

Kami dari Buku Jalanan TITI memahami bagi pembaca buku yang tegar, mereka mempunyai senarai sendiri. Oleh yang demikian, kami hanya menetapkan 5 dari 32 buku sahaja yang akan kami tentukan. Maka 27 buku selebihnya peserta boleh baca ikut kemahuan mereka. Dan dari 5 buku ini kami tidak menetapkan tajuk kerana ditakuti ada peserta yang sudah pun membaca buku yang kami senaraikan. Maka kami memberikan jenis buku yang bagaimana mereka perlu baca. Dan selepas tamat baca mereka perlu melakukan review.

Hingga ke waktu ini, hanya empat peserta yang secara terus menerus mengikut cabaran ini. Yang lain mempunyai alasan tersendiri. Ada yang keluar grup tanpa memberitahu kepada admin tapi memberitahu kepada peserta lain. Perlu diingat kerana peserta itu sendiri yang memilih untuk menyahut cabaran ini. Mungkin perkara ini nampak biasa ataupun remeh, tapi bagi kami yang mengutip maklumat untuk penyelidikan yang bersifat minimalis ianya amat penting
Begitu juga dengan peserta yang tidak memberi respon apa-apa, menjadi pembaca senyap dalam grup. Amat rugi kerana peluang sudah ada untuk anda merealisasikan cabaran ini. Berikut adalah 5 jenis senarai buku yang perlu dibaca oleh peserta

1. Buku haram.
Tujuannya adalah memberi peluang kepada peserta memberikan pendapat adakah perlu buku itu diharamkan atau tidak.

2. Buku yang ditullis oleh penulis wanita di luar negara.
Tujuannya adalah untuk membuat perbandingan penulis wanita di luar negara.

3. Bacaan pantas dalam masa 24 jam.
Tujuannya adalah melihat kaedah yang digunakan oleh peserta dalam menghadapi cabaran ini. Kadang kala kita tidak mampu untuk membaca buku dengan sesungguhnya. Ada kata penting yang perlu kita fokus, ada yang perlu kita langkau. Cabaran ini bukanlah mendidik peserta agar mengambil mudah dalam setiap bacaan, akan tetapi mengambil tahu potensi diri bahawa mampu membaca dalam tempoh 24 jam.

4. Buku travelog (Penulis lelaki dan perempuan)
Tujuannya adalah sebagai perbandingan antara penulis lelaki dan wanita.

5. Komik
Tujuannya adalah memberikan sudut pandang positif kepada rakan di luar sana bahawa komik juga sangat membantu dalam pendidikan.

Dan inilah dia empat peserta yang berjaya menamatkan cabaran 32 buku 2016 dengan gayanya. Mereka semua akan mendapat novel, komik, novel terjemahan, cerpen sumbangan FIXI. Dan bonus bagi peserta yang berjaya menamatkan 50 bacaan. Peserta boleh memilih satu buku untuk kami belikan.



Pemenang pertama, Khairiah dengan senarai buku dan tulisannya.
SENARAI 50 BUKU – CABARAN 2016
NO.
BOOK
AUTHOR
MONTH
1
Love letter to the dead
Ava Dellaira
Mei

2
The girl on the train
Paula Hawkins
Mei

3
Miss Peregrine’s vol 1
Ransom Riggs
Mei

4
Miss Peregrine’s vol 2
Ransom Riggs
Mei

5
My grandmother sends her regards and apologies
Fredrik Bsckman & Henning Koch
Mei

6
Lelaki eksistensial

Nami Cob Nobbler
Mei

7
Rokok nan sebatang
Nami Cob Nobbler
Mei

8
Lelaki entah dari mana-mana
Nami Cob Nobbler
June

9
Reclaim your heart
Yasmin Mogahed
June

10
Terima kasih si babi hutan
Lepat
June

11
The first phone call from heaven
Mitch Albom
June

12
RUMI poems
Rumi
June

13
The niche for lights
Al-Ghazali
June

14
Perempuan politikus melayu
Faisal Tehrani
July

15
Bahlut
Faisal Tehrani
July

16
Cerpen underground
Faisal Tehrani
July

17
Jalan perhambaan

F.A Hayek
July

18
Bila tuhan berbicara
Faisal Tehrani
July

19
PAKAR
Nadia Khan
August

20
Seyogia
Amal Hamsan
August

21
7 tahun 7 hari
Diana Nuzuin
August

22
Salina
A.Samad Said
September

23
Babi
Azwar Kamaruzaman
September

24
Skizo
Ahmad Akmal Azman
September

25
Wild
Cheryl Strayed
September

26
Have a little faith
Mitch Albom
October

27
Animal farms
George Orwell
October

28
The importance of being a bachelor
Mike Gayle
October

29
Minhajul ‘abidin
Al-Ghazali
October

30
Brief on Ihya’
Al-Ghazali
November

31
If the oceans were ink
Carla Power
November

32
Falsafah hidup
HAMKA
November

33
On Justice and the Nature of Man
Syed Naquib Al-Attas
November

34
The Light within Islam
Basel Muhammad Arif Al-Mahayni
November
35
Akhlak seorang muslim
Al-Ghazali
November

36
Purification of the heart

Hamza Yusuf
November

37
Islam Universal
Nurcholish Madjid
December

38
Essential lessons for every muslims
Shaikh ‘Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
December

39
Take a look at me now

Miranda Dickinson
December

40
Mengenal Tuhan
Bey Arifin
December

41
The pillars of Islam & Iman
Shaikh Muhammad bin Jamil Zeno
December

42
What is Islam?
Research Division Darussalam
December

43
The concept of God in major religion
Zakir Naik
December

44
Advantura pulang ke Malaya
Badrul Hisham
December

45
Darah wanita: Pandangan Ulama dan pakar perubatan
Anisah Ab. Ghani
December

46
The Story of Sukus & Tukus: The Effects of Fiat Money on Society
Ahamed Kameel
December

47
An Islamic View of Gog and Magog in the Modern World
Imran N. Hosein
December

48
The Beautiful Names and Attributes of Allah: Importance Principles to Remember
Shaikh Muhammad Bin Salih Al-‘Uthaimeen
December

49
Tales of Mothers: The Greatest Love
Raudah Yunus & MD. Mahmudul Hasan
December

50
Golden Stories of Sayyida Khadijah: Mother of the Believers
Abdul Malik Mujahid
December



Pemenang kedua, Nuraina Kamal dengan senarai 40 bacaannya.
No
Tajuk
Penulis
Tarikh
1
Merantau ke Deli
HAMKA
8 Januari
2
The Kite Runner
KHALED HOSSEINI
17 Januari – 1 Februari
3
Membedah P Ramlee
DANIYAL KADIR
1 Februari  - 2 Februari
4
Momen2 Maltluthfi
MATLUTHFI
2 Februari
5
Hikayat Calaqisya
HAZWAN FAIZ
5 Februari – 6 Februari
6
Paper Towns
JOHN GREEN
2 Februari – 10 Februari
7
How Successful People Grow
JOHN C MAXWELL
26 Februari – 20 Mac
8
Cerita Budak Design
H.BENJAMIN
20 Mac – 21 Mac
9
Goji Bundy
RIDUAN A.DULLAH
21 Mac – 18 April
10
Komik Tazkirah Tok Guru
TN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, KARTUNIS ATHOOL
18 April – 20 April
11
Kunang Pesisir Morten
RAIHA BAHAUDDIN
21 April – 22 April
12
Selumbar
IKMAL AHMAD
22 April – 23 April
13
I’m Backpacker: Korea
HALIAN AZURIN 
24 April – 27 April
14
Diagnosis 3: Mortuari
DR JACK NAIM, DR FAHD RAZY, DR HAYATI
28 April - 29 April
15
Sebungkus Kuaci Cap Helang
MAT SALEEH 
28 April - 1 Mei
16
Berlari Dari Jogja untuk Menemukan Dia di Christiana
ZF ZAMIR 

3 Mei - 6 Mei
17
Lelaki Terakhir Menangis di Bumi
MUSA NUWAYRI 
6 Mei
18
Langit Petang
A.SAMAD SAID 
7 Mei - 9 Mei
19
Yak Bok Te
AMIN LANDAK 
10 Mei
20
Yak Bok Te #2
AMIN LANDAK 
10 Mei
21
Brader, Kita Mesti Terus Hidup!
NASIR JANI
11 Mei - 12 Mei
22
First, They Killed My Father
LOUNG UNG 
11 Mei - 20 Mei
23
Nama Beta Sultan Alauddin
FAISAL TEHRANI 
20 Mei
24
Gantung
NADIA KHAN 
20 Mei - 21 Mei
25
Surat - surat Perempuan Johor
FAISAL TEHRANI 
21 Mei - 25 Mei
26
Antologi Travelog : Berjalan di Muka Bumi
AZZAH ABDUL RAHMAN & LAIN-LAIN 
25 Mei - 31 Mei
27
Travelog PHD
MOHAMMAD TAZLI AZIZAN 
31 Mei
28
Walang
AMAL HAMSAN 
31 Mei - 1 Jun
29
Orang Hodoh Cantik
STAM MUSTAPHA 
1 Jun - 4 Jun
30
Bagaimana Anyss Naik ke Langit
FAISAL TEHRANI 
4 Jun - 6 Jun
31
Diagnosis Apokalips
DR ANWAR FAZAL & LAIN-LAIN 
6 Jun - 10 Jun
32
Perempuan Politikus Melayu
FAISAL TEHRANI 
10 Jun - 14 Jun
33
Orang Ngomong Anjing Gong Gong
MUTALIB UTHMAN
4 Julai
34
Imaginasi
RAMLEE AWANG MURSHID
17 Ogos – 27 September
35
Republik Sungai Golok
ISMA AE MOHAMAD
27 September – 3 Oktober
36
Pseudoscience Watch
AHLI MEDIK DAN PARA SAINTIS GILA
12 November
37
Mat Som
LAT
7 November
38
Emak Rindu Mathanga Erissery
KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD
9 November
39
Bahagia Bukan Gembira
ANFAAL SAARI
14 November
40
Travelog ET – Namastee India
SITI NORIDAH AB RAHAMAN
22 November

Seterusnya pemenang ketiga, Saudari Asmidar dan Naziatul.

Senarai buku Saudari Asmidar

  1. Komik Abu Nuwas – Penulis AhmedFani
  2. Cerita-cerita Suka Shakespear – The Malay Home Library Series No. 8
  3. Rindu – Tere Liye
  4. Leaving Microsoft to Change the World – John Wood
  5. Karbala – Faisal Tehrani
  6. Tales of Mothers – multiple authors
  7. Merantau ke Deli – HAMKA
  8. Puisi-puisi Mek Bah – Faisal Tehrani
  9. Bidadari-bidadari Syurga – Tere Liye
  10. Si Kecil Filip ke Sekolah – Leo Tolstoy
  11. Understanding the Concept of Khalifah
  12. On Being Khalifah of Allah
  13. Islamic Solution to the World’s Problems
  14. Advencer Yaya dan Fufu – Faisal Tehrani/Amin Landak
  15. Oki Setiana Dewi – Cahaya Atas Cahaya
  16. The Five People You Meet in Heaven – Mitch Albom
  17. Emak Rindu Mathanga Erissery – Mohamad Khairul Hakimin
  18. Kunang Pesisir Morten – Raha Bahaudin
  19. Hikayat Panji Semirang
  20. Rahsia Penulisan Berpengaruh – Muhammad Khairul Hakimin
  21. Faith versus Materialism – The Message of Surah Al Kahf – Sayed Abul Hasan Ali Nadwi
  22. Surat-surat Dari Maninjau – Hafizul Faiz
  23. Emas Para Dapunta – Cik Srikandi
  24. Bagaimana Anyss Naik ke Langit – Faisal Tehrani
  25. And Once Again Abu Dharr – Ali Shariati
  26. Jerry D. Gray – The Final Chapter
  27. Imran Nazar Hosein – Methodology for Study of The Quran
  28. Di bawah Lindungan Kaabah – HAMKA
  29. Baiduri Segala Permaisuri – Cik Srikandi
  30. Wasiat Zulkiflee Muhammad – dengan komentar Amaluddin Darus
  31. Komik Saya Sayang Ibu Bapa – Farhan Hidayatullah
  32. Emak Rindu Mathanga Erissery – Mohd Khairul Hakimin


Senarai buku saudari Naziatul

Bil.
TAJUK
TAHUN TERBITAN
PENULIS
JANTINA
NEGARA ASAL
1.
Buku yang diharamkan:

Tiga Kali Seminggu

196 m/s
2010
Faisal Tehrani
Lelaki
Malaysia
2.
Buku penulis perempuan dari luar negara:

There’s No Place Like Here

417 m/s
2007
Cecelia Ahern
Perempuan
UK
3.
Buku 24 jam

Menumpang Teduh Pohon Akasia – Somaliland Bukan Somalia

251 m/s

Mula: 11.07.2016 – 7.07pm
Tamat: 12.07.2016 – 9.45am

2016
Muhammad Suhail Bin Ahmad
Lelaki
Malaysia
4.

Travelog (Penulis Perempuan)

Pelangi di Persia

296 m/s
2007
Dina Y. Sulaeman
Perempuan
Indonesia
5.








6.
Black Flower

305 m/s

Asal: 2003

Terjemahan: 2012
Asal: Kim Young Ha

Penterjemah:
Charles La Shure
Asal: Lelaki

Penterjemah:Lelaki
Asal: Korea

Terjemahan: US
7.
The Dressmaker

406 m/s

2013
Kate Alcott


Perempuan
UK
8.
Jangan Kata Abang Tak Payung

167 m/s

2015
BahruddinBekri
Lelaki
Malaysia
9.
Mampusnya Sokrates Meneguk Racun

176 m/s

Asal:

Terjemahan: 2015
Asal: Plato

Penterjemah: Perewa
Asal: Lelaki

Penterjemah: Lelaki
Asal: Greek

Terjemahan: Malaysia
10.
Sepetang di Kafe Biblioholic

406 m/s

2013
Ainunl Muaiyanah
Perempuan
Malaysia
11.
Kumpulan Puisi Dongeng Perkebunan

46 m/s



2015
Jasni Matlani
Lelaki
Malaysia

12.
Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?

112 m/s


2014
Faisal Tehrani
Lelaki
Malaysia
13.
Kumpulan Puisi Dondang Pembukaan

67 m/s

2015
LutfiIshak
Lelaki
Malaysia
14.
Down & Out di London & Paris

294 m/s
Asal: 1933

Terjemahan: 2015
Asal: George Orwell

Terjemahan: Lokman

Asal: Lelaki

Terjemahan: Lelaki
Asal: UK

Terjemahan: Malaysia
15.
Rahsia Penulisan Berpengaruh

86 m/s

2016
Khairul Hakimin Muhammad
Lelaki
Malaysia
16.
Emas Para Dapunta dan Maharaja

227 m/s

2015
Cik Srikandi
Perempuan
Malaysia
17.
Kulukiskan Engkau Biru Dan Engkau Bertanya Kenapa Tidak Merah Jambu Seperti Warna Kesukaanku?

76 m/s

2015
Rahimidin Zahari
Lelaki
Malaysia
18.
Nama Beta Sultan Alauddin

109 m/s
2016
Faisal Tehrani
Lelaki
Malaysia
19.

Perempuan Politikus Melayu

373 m/s

2016
Faisa Tehrani
Lelaki
Malaysia
20.
Hikayat Gul Bakawali

135 m/s

2016
Penyelenggara: SitiHawa Haji Salleh
Perempuan
Malaysia
21.
Filsuf Untuk Noob

161 m/s

2016
Dayang Sifar
Perempuan
Malaysia
22.
Surat-Surat Perempuan Johor

216 m/s

2007
Faisal Tehrani
Lelaki
Malaysia
23.
Lelaki Bersut

83 m/s

2016
M. Hafiz Zainol Abidin
Lelaki
Malaysia
24.
Misteri Lelabah Emas

119 m/s
1989
Asal: Alfred Hitchcock

Terjemahan: Rahimah Abu Bakar
(Penyusun)

Asal: Lelaki


Terjemahan: Perempuan
Asal: -


Terjemahan: Malaysia
25.
Merantau ke Deli

232 m/s



 2015 (PTS)
HAMKA
Lelaki
Indonesia
26.
Tuan Direktur

129 m/s
2015 (PTS)
HAMKA
Lelaki
Indonesia
27.
Di Bawah Lindungan Ka’bah

87 m/s
2015 (PTS)
HAMKA
Lelaki
Indonesia
28.
Races of Burma

(pdf)

44 m/s
1933
Major C.M. Enriquez
Lelaki
-
29.
Tun Andak

63 m/s
1995
A.R Hamzah
Lelaki
Malaysia
30.
Melihat Api Bekerja

153 m/s
2015 (Indonesia)
2016 (Malaysia)
M Aan Mansyur
Lelaki
Indonesia
31.
Archimedes

24 m/s
2011 (India)
2016 (ITBM Malaysia)
Penterjemah: Mohd Alpian Ali
Penterjemah: Lelaki
Asal: India
Terjemahan: Malaysia


32.
Aristotle

24 m/s

2011 (India)
2016 (ITBM Malaysia)
Penterjemah: Nur Ain Hafiza Mat Jusoh
Penterjemah: Perempuan
Asal: India
Terjemahan: Malaysia
33.
Dear Me
(Letters To My Sixteen-Year-Old Self)

131 m/s
2011
Penyusun: Joseph Galliano
Penyusun: Lelaki
UK


Pada pendapat kami, untuk membaca buku yang banyak adalah disiplin diri dan pandai membahagikan masa. Jika tidak 1001 alasan akan menjelma. Dan kita perlu tanya diri kita, kenapa orang lain mampu baca lebih dari 30 buku. Kita setakat 1-2 buku sahaja setahun. Adakah bacaan tahunan kita berkisar dalam Facebook sahaja? Apa beza baca buku dan baca status yang dikongsi di Facebook? anda boleh fikir sendiri.


Akhir kata kami ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ini memberikan kami maklumat secara umum trend bacaan rakyat Malaysia. Apabila sampai satu masa, membaca bukan lagi satu hobi tapi salah satu budaya dan gaya hidup anda.

BACA DAN BANGKIT!


Laporan ditulis oleh Perewa

Tuesday, 27 December 2016

ULASAN KOMIK 
THE STORY OF SUKUS & TUKUS: THE EFFECTS OF FIAT MONEY ON SOCIETY, 
BY PROF. DATO’ DR AHAMED KAMEEL MYDIN MEERA 


Scott McCloud dalam bukunya yang bertajuk Understanding Comics menerangkan bahawa komik merupakan gambar yang menyampaikan informasi atau menghasilkan respon estetik pada yang melihatnya. Hampir keseluruhan teks komik tersusun dari dua sisi iaitu visual dan verbal. Gambar dalam komik merupakan gambar-gambar statik yang berurutan dan saling berkaitan antara satu sama lain yang akhirnya membentuk sebuah cerita. McCloud mengemukakan bahawa gambar-gambar yang berurutan merupakan sebuah komunikasi yang unggul. 

Ia dapat digunakan untuk menyampaikan hal-hal yang berbentuk ilmiah melalui cara yang santai supaya mudah sampai kepada pembaca tidak kira muda atau tua. Pendekatan inilah yang digunakan oleh Prof. Ahamed Kameel dalam mendidik masyarakat awam tanpa mengira usia. Komik Sukus & Tukus ialah sebuah komik edukatif. Dan sebuah komik yang bersifat edukatif akan menyampaikan mesej, konsep atau ilmu dengan menggunakan cerita-cerita dan watak-watak komik, dipersembahkan dengan cara yang santai dan kelakar. Sebuah komik edukatif yang baik mampu menyampaikan mesej kepada pembaca-pembaca dalam lingkungan yang lebih luas daripada lingkungan pembaca artikel-artikel dan buku-buku biasa. 

  
Komik Sukus & Tukus ini cuba untuk menggambarkan tentang konsep wang dan ekonomi secara umum kepada orang ramai. Orang awam secara amnya memahami konsep wang dan terus merujuk kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang sebenar tetapi sukar untuk memahami konsep wang dan hubungannya dengan inflasi, pengangguran, masalah sosial dan sebagainya. Oleh itu, komik Sukus & Tukus inilah komik yang pertama yang cuba untuk menggambarkan konsep wang yang dinamakan wang fiat dengan jelas dan menekankan betapa pentingnya penggunaan emas sebagai alat transaksi dalam cara yang santai dan lucu. 

  
Ia mengisahkan tentang dua suku masyarakat yang tinggal di dua buah pulau yang berbeza iaitu pulau Aya dan Baya. Pualau Aya didiami oleh suku Sukus dan pulau baya didiami oleh suku Tukus. Pulau Aya adalah pulau yang dianugerahi sumber alam yang menlimpah terutama emas. Suku sukus yang mendiami pulau ini hidup dengan sejahtera. Dalam transaksi ekonomi sehari-hari suku Sukus sudah moden kerana menggunakan emas sebagai alat transaksi bukan menggunakan sistem barter lagi. Meskipun emas digunakan sebagai alat transaksi mereka tidak mendewa-dewakan emas. Suku sukus hidup dengan bergotong-royong dan saling bantu-membantu dalam situasi apa pun. Dibandingkan pulau Aya, pulau Baya yang didiami oleh suku Tukus kurang subur dan tidak kaya dengan sumber alam. Mereka dalam kehidupannya sehari-hari masih bersifat tradisional kerana masih menggunakan sistem barter sebagai alat transaksi sehari-hari. 

Walaupun keadaan hidup suku Tukus dibawah suku Sukus, mereka tetap hidup dengan aman damai sama seperti suku Sukus. Namun, kesejahteraan hidup kedua suku ini mulai hancur tatkala Gago dan Sago datang ke pulau mereka dan memperkenalkan institusi perbankan dan menukar ganti emas dengan wang fiat dengan pujukan yang mengasyikkan. Setelah Gago dan Sago memperkenalkan sistem wang fiat ini keadaan suku Sukus dan Tukus berubah. Kehidupan mereka yang harmoni dan penuh kasih sayang perlahan-lahan luntur. Prinsip saling membantu berubah menjadi ‘time is money’. Keadaan sosial berubah. Keadaan menjadi kacau bilau. Hedonisme dan korupsi di mana-mana. Kebanyakan penduduk menjadi penjahat, perompak, perogol dan sebagainya. Gago dan Sago kemudiannya menjadi pemilik hampir semua kekayaan di pulau tersebut. Mereka menguasai ekonomi dan aset. Lambat laun, dengan wang fiat, mereka memiliki kekuasaan baru: menguasai politik negeri itu. 


Komik ini jelas menceritakan bagaimana wang fiat atau wang kertas berfungsi dari sudut berbeza dari yang kita lihat pada hari ini. Dari sisi yang lebih menakutkan. Ia sediki sebanyak menimbulkan kesedaran dalam diri pembaca terutama pembaca dewasa seperti saya tentang peri pentingnya menyimpan emas untuk masa depan ketika wang fiat tidak lagi bernilai dan hanya dipandang seperti kertas biasa. 
Saya dikehendaki untuk membaca komik dan memberi review sudut positif berkenaan komik ini untuk cabaran yang kelima. Pada asalnya saya seperti tiada idea kerana saya baru sahaja meghabiskan komik Mat Som oleh Lat. Komik apakah lagi yang mampu beri impak positif selain daripada Mat Som ini?

Jelajah saya ke MPH Giant Senawang menemukan saya dengan komik Putera Katak, terbitan Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd. Dalam hati, ‘ah ini saja yang aku rasa paling baik dan boleh bari impak positif, hentam saja’.


Kalau anda terfikir tentang kisah dongeng putera yang bertukar menjadi katak dan perlu dicium untuk bertukar semula menjadi manusia, maka bayangan anda itu silap sama sekali. Kisah dalam komik ini adalah mengenai Leo, seorang budak lelaki kaki buli. Dia sering kali berasakan dirinya adalah seorang raja dan setiap orang mesti menuruti arahannya. Sikapnya ini berpunca daripada ketiadaan ibu bapanya di rumah kerana sering ke luar negara atas urusan kerja.

Leo sering mengejek Edward yang mukanya penuh dengan jerawat. Ruby juga menjadi mangsa Leo kerana kerap kali diejek kerana penampilannya. Kemuncak perbuatan Leo ini adalah apabila, dia telah memarahi seorang nenek tua yang terlanggar dia, (tanpa mengetahui itu adalah nenek Ruby). Dia terjumpa ahli sihir katak dan selepas itu mukanya berubah menggerutu seperti katak. Dia perlu berkelakuan baik dan tidak berbohong supaya mukanya kembali pulih. Kawan-kawannya yang dulu semua tidak mahu berkawan dengan Leo dan Edward juga telah bangkit menghina Leo. Akhirnya dengan pertolongan Ruby dan neneknya, dapat mengubah Leo menjadi seorang yang bertanggungjawab dan tidak lagi membuli orang lain.

Setiap orang yang jahat sentiasa ada peluang untuk bertukar untuk menjadi baik. Jiwa kanak-kanak juga murni, mereka mudah memaafkan, seperti Ruby yang tidak pernah berdendam dengan Leo walaupun pernah dibuli. Walaubagaimanapun, setiap orang yang jadi pembuli biasanya ada sejarah di sebaliknya, sebelum menghukum yang bukan-bukan, adalah baik untuk memeriksa dahulu.

Komik ini mampu memberi pengajaran yang baik untuk kanak-kanak supaya tidak menjadi orang yang suka menghukum orang lain dan menjadi orang yang tidak membazirkan masa serta berdikari.



Sunday, 4 December 2016



“Cabaran akhir adalah cari komik dan berikan sudut pandang positif tentang hal-hal yang jika anak kecil atau remaja baca akan beroleh ilmu yang bermanfaat.”

Saya ketawa apabila menerima cabaran terakhir ini. Iyalah, tahun 2016 tinggal beberapa hari saja lagi. Khuatir juga jika cabaran kali ini sukarnya seperti yang cabaran yang lepas-lepas. Sukar (bagi saya) bermaksud perlu cari buku, baca dan menulis ulasan. Yang terakhir itulah bahagian paling sukar hinggakan terpaksa ‘berhutang’ dan diberi ingatan oleh Admin.

Selepas ketawa, barulah saya tersedar sesuatu. Saya tidak membaca komik langsung tahun ini. Tahun lepas pun tidak baca. Sebenarnya, saya sendiri sudah tidak ingat bilakah kali terakhir saya membaca komik. Padahal dulu, saya ini ‘kaki’ komik juga.

Saya langsung ke Popular di Ipoh Parade mencari komik. Di sana, lama juga saya merenung rak bahagian komik. Saya sudah lama meninggalkan dunia komik. Sudah tidak tahu apakah perkembangan komik sekarang ini. Kasihan pula kepada diri sendiri.

Dalam keadaan begini, saya hanya berpandukan naluri hati saja. Semoga komik yang menarik akan mengeluarkan cahaya dan menangkap pandangan saya.

Akhirnya, sebuah komik menyeru nama saya. Lantas, tangan saya menariknya keluar dari himpitan rapat komik-komik lain. Kembara Khazanah Turki tajuknya. Saya tersenyum. Naluri hati saya membisik kata, “Inilah komiknya. Ambil ini.” Terus saya ke kaunter dan buat bayaran.

Tepat seperti kata hati, komik yang berharga RM12 ini memang pilihan yang terbaik!

Kembara Khazanah Turki adalah salah satu daripada Siri Jelajah Dunia. Secara spesifiknya, siri jelajah dunia paling popular di Korea. Komik oleh Kang Gyung-Hyo ini diterbitkan oleh Gomdori Co. dan untuk terbitan di negara ini, diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Farah Amelia & Zharifa melalui GempakStarz dengan nombor ISBN 978-967-0699-91-2.

Kisah ini adalah kembara penyiasatan mencari harta karun oleh Ji Pang-Yi dan rakan-rakannya di bawah seliaan Profesor Ji Gu-Bon. Pelbagai kisah dan cabaran yang perlu dihadapi Pang-Yi dalam misi ini. Walaubagaimanapun, kerana ini adalah komik, paparannya sungguh menghiburkan sekali. Story-telling bagus dan informasi digali habis oleh pengkarya menjadikan bacaan komik ini langsung tidak sia-sia. Di akhir setiap bab, ada catatan tentang Turki dalam penerangan yang mudah. Bahasa yang digunakan juga adalah bahasa yang baik. Fiksyen pula menjadikan kita (pembaca) beremosi terhadap tempat-tempat di Turki.

Saya belum pernah menjejakkan kaki ke Turki. Tetapi, saya kira penceritaan tentang Turki (makanan, tempat-tempat bersejarah dan budaya) melalui komik ini menjadikan saya bersemangat mahu menanam impian menjadikan Turki sebagai destinasi untuk dikunjungi suatu hari nanti. Tidak mustahil juga saya akan terkenang keletah Pang-Yi, Eun-Ju dan rakan-rakan apabila sampai di sana. Haha!

Ah, rugi pula rasanya kerana sudah lama meninggalkan bacaan komik. Sedangkan kebanyakan komik memang diakui punya story-telling yang kuat dan menarik. Ada 20 tajuk lain dalam Siri Jelajah Dunia ini. Saya kini merasa hendak mengumpulkan kesemua tajuk.

Akhir sekali, apakah anak kecil dan remaja akan beroleh manfaat daripada komik yang saya baca ini? Tanpa ragu-ragu, jawapan saya adalah – ya, sudah tentu!