.

.

Thursday, 31 May 2018



“orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah satu kaum yang tersangat miskin. Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikannya mereka kalah atau ketinggalan dibelakang dalam perlumbaan kemajuan. Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yang tinggi dan mulia- jadilah mereka tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa-bangsa.”

Menariknya naskah setebal 121 mukasurat ini bukan sahaja memuatkan  hasil penulisan Prof. Diraja Ungku Aziz yang diterbitkan pada Februari 1957, tetapi turut terdapat 2 artikel tulisan lama Pendita Za’aba. Antaranya adalah Kemiskinan Orang Melayu dan Jalan Keselamatan bagi Orang Melayu. Kedua rencana tersebut telah diterbitkan dalam majalah Al-Ikhwan (1927), memetik pandangan Zaaba tentang ekonomi Melayu pada zaman sebelum kemerdekaan dan membicarakan isu kemiskinan orang Melayu dengan kritikan keatas dasar pelajaran secara tersirat. 

Naskah Jejak-Jejak di Pantai Zaman yang dikarang cendekiawan ekonomi Prof Diraja Ungku Aziz bertujuan mencelikkan mata masyarakat tentang kecendekiawan Za’aba. Dengan penghasilan naskah ini juga menyerlahkan lagi ketokohannya sebagai Bapa Tatabahasa Melayu Moden yang telah menggariskan dan memberikan asas system Bahasa Melayu baharu dalam ejaan, tatabahasa dan retoriknya serta memuatkan rumusan yang penting daripada pemikirannya yang digarap dengan jelas. 

Jika disoroti bab awal Jejak-jejak di Pantai Zaman, penulis menyampaikan idea kemiskinan desa mengikut kefahaman Zaaba dalam bahasa yang mudah difahami dan menjadikannya sebagai tumpuan kajian beliau. Melalui rencana yang diterbitkan Zaaba banyak membicarakan tentang nasib orang Melayu dan pembangunan bangsa melalui pengstukturan semula ekonomi negara. Idea-idea Zaaba dan penulis sangat relevan untuk membentuk dasar pembasmian kemiskinan atau yang lebih khusus agenda pembangunan Bumiputera sehingga masa kini. 

Bagi mentakrif kemiskinan orang Melayu, Pendeta Zaaba tidak menghadkan kepada maksud kekurangan pemilikan harta benda semata-mata. Kemiskinan orang Melayu pada ketika itu turut merangkumi kekurangan pengetahuan dan potensi untuk memajukan diri.  Zaaba merumuskan tiga punca utama kemiskinan orang Melayu iaitu penindasan oleh pemimpin masyarakat, kekeliruaan dalam memahami iktikad agama dan kekurangan ilmu pengetahuan. 

Penulisan dalam bahagian Koda Awal & Koda Akhir turut membongkarkan tekanan serta rintangan yang dihadapi Zaaba semasa mencabar scenario ketika itu. Disebabkan tekanan tersebut, idea dan polemik mengenai kemiskinan orang Melayu yang diketengahkan Zaaba tidak mendapat perhatian dalam kalangan pemimpin Melayu era 20an hingga 40an.  Betapa hebat tekanan politik yang dikenakan terhadap Zaaba sehingga beliau tidak dapat menyebarkan fahaman dan pandangan ekonomi kepada umum. 

Pandangan Zaaba walaupun diterbitkan lebih separuh abad berbeza dari segi suasana dan konteks zaman tetapi masih relevan dengan era globalisasi kini. Menurut penulis sendiri melalui makalah Zahir & Batin Ekonomi Melayu, beliau berpendapat bahawa fenomena kemiskinan pada hakikatnya tidak mengenal perbezaan kaum dan bangsa namun tanggapan masyarakat menjadikan fenomena kemiskinan lebih dominan berlaku dalam kalangan Melayu. 

Penulisan naskah ini bukan sahaja menyanggah sterotaip kemiskinan malah membuktikan kemiskinan tidak mengenal kaum. Sesuai dengan judul Jejak-jejak di Pantai Zaman bukan sahaja mengiktiraf kecendekiawan Pendita Zaaba malah mengkaji kembali fahaman beliau yang ditinggalkan berzaman dahulu tetapi masih relevan mengikut peredaran zaman. 

Monday, 28 May 2018

Ulasan novel Sumpah Tujuh Keturunan



Mungkin Franz Roh melihat dua bulan tergantung di dada langit sewaktu menulis Nach Expressionismus: Magischer Realimus sehingga beliau menggagaskan magic realism sebagai aliran seni yang realis tetapi memiliki unsur magis. Kemudian Gabriel Garcia Marquez tampil pula bersama One Hundred Years of Solitude, naskhah yang menyampaikan cerita-cerita aneh, ajaib dan penuh ketakjuban dengan cara bersahaja. Pemisah antara fantasi dan realiti sudah kabur. Fantasi tidak lagi tertera sebagai ajaib tetapi ditangani sebagai sesuatu yang lumrah dan menjadi sebahagian daripada realiti hidup kita. Itulah realisme magis.

Istilah realisme magis menimbulkan perdebatan hangat di kalangan ahli-ahli kesusasteraan kerana tiada kesepakatan tentang maksudnya. Istilah itu terlalu luas dan licin untuk ditakrifkan. Pada tahun 1973, International Association of Iberoamericanists menganjurkan sebuah perjumpaan sekaligus menyarankan agar istilah ini dibuang sama sekali. Namun sehingga kini, realisme magis kekal hidup dan liat untuk dihapuskan. Mungkin dengan membekalkan unsur magis dan keajaiban pada perkara-perkara harian biasa, realisme magis menawarkan kepada kita perlindungan daripada dunia nyata yang kejam dan menghukum.

Sumpah Tujuh Keturunan merupakan terjemahan novel 100 Years Of Solitude karangan gergasi sastera Amerika Latin, Gabriel Garcia Marquez. Penterjemahan ke bahasa Melayu diusahakan oleh Mokhtar Ahmad dan Zulkifli Ahmad danditerbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1991 (mengapa DBP tidak lagi menterjemahkan karya-karya sastera luar?)

Saya memilih novel ini sebagai menyahut cabaran 32 Buku; tema pada kali ini adalah buku yang dipilih oleh pemimpin. Setelah membuat sedikit pencarian di Google, saya menemui sebuah artikel yang menyenaraikan buku-buku yang pernah dibaca dan dicadangkan oleh Bill Clinton, mantan Presiden Amerika yang ke 42. 100 Years of Solitude termasuk dalam salah satu buku yang disenaraikan.

Novel ini memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1982, sekaligus mengangkat nama Gabriel Garcia Marquez menjadi pengarang yang diikuti di seluruh dunia. Mahakarya ini diterbitkan pada 1967 bertajuk Cien Anos de Soledad kini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seluruh dunia menggambarkan kebangkitan dan kejatuhan sebuah kota bernama Macondo.
Setiap watak yang diketengahkan oleh Marquez sebenarnya cerminan apa yang berlaku kepada senario Colombia era awal 1850an sehingga 1950an. Plot cerita ini mengikut tujuh keturunan salasilah Jose Arcadio Buendia dan Ursula Iguaran, yang disusun secara kronologi, mengikut peredaran masa selama seratus tahun  Salah satu contoh adegan realisme magis adalah apabila Si Remedios Cantik yang lesap di suatu petang ketika angin bertiup kencang dan dia hilang kerana diterbangkan oleh angin bersama dengan kain yang dipegangnya, gadis pemakan tanah, roh yang berkeliaran di bumi dan anak lahir bersama ekor babi.

Sepanjang perjalanan tujuh keturunan itu, mereka ditimpa bermacam-macam bencana dan ia seperti menjadi pengajaran kepada pembaca tentang balasan buruk yang akan diterima sekiranya berkelakuan sumbang. Semua ini telah dapat diramal oleh Marquedes, seorang gipsi yang banyak mempengaruhi hidup pengasas keluarga Buendia dan mencatatnya di atas kulit binatang dengan bahasa Sanskrit. Namun, segala yang ditulis oleh Marquedes itu gagal difahami, sehinggalah keturunan terakhir Buendia, Aureliano II, membacanya dan mengenal pasti apakah yang berlaku kepada ahli keluarganya sebelum ini.

Watak-watak di dalam novel ini mewakili negara Columbia yang mewah pada suatu ketika, tetapi mengalami kemelesetan ekonomi setelah ditimpa bencana. Marquez berhasrat untuk membuka pandangan pembaca terhadap realiti kehidupan lewat teknik sastera yang hebat - realisme magis.

Friday, 25 May 2018

Tajuk : Hari Esok Untuk Islam
Penulis: Sayyid Qutub
Penerbit: Pustaka Nasional PTE LTD Singapura
Muka surat : 126 muka surat



Pada bulan ini saya telah memilih buku Hari Esok Untuk Islam karya Sayyid Qutub yang mana buku ini telah menjadi pilihan bacaan para pemimpin islam khususnya Tok Guru Nik Aziz iaitu mantan menteri besar Kelantan dan juga pimpinan islam lainnya.

Pendapat peribadi saya, sejujurnya buku kecil ini amatlah wajar dibaca dan dihadam oleh setiap umat islam apatah lagi dalam memilih pucuk pimpinan dalam sesebuah organisasi mahupun Negara. Kerana buku ini amat padat dengan informasi berguna serta bahasa yang amat dekat dengan masyarakat tanpa perlu kepada istilah-istilah berat dan memerlukan kepada penafsiran tempoh panjang. Buku ini mengandungi tujuh bahagian utama iaitu dibawah naungan Al-Quran, Kepuasan Rohani, Hari Esok Untuk Islam, Akidah Dan Kehidupan, Sistem Islam, Potensi Fitrah dan terakhir Jeritan Jiwa.

Saya amat senang untuk mengatakan bahawa tokoh ini iaitu Sayyid Qutub amat bijak membawa masyarakat untuk mengenal Al-Quran di awal proses pembacaan. Penekanan yang beliau berikan di awal muka surat menunjukkan kepada kita betapa pentingnya kalamullah kepada umat islam. Dalam mengenalkan agama kepada masyarakat haruslah terlebih dahulu penganutnya mempunyai iktikad yang utuh terhadap konsep ketuhanan dan kitabullah yang diturunkan.

Kemudian suka juga untuk saya bawakan salah satu pandangan Mr Dulles yang iaitu salah seorang sarjana kenamaan Amerika. Dimana Sayyid Qutub telah menyertakan bahawa Mr Dulles pernah mengeluarkan kenyataan bahawa suatu sistem sosialis itu terbeban di pundak utama pemuka-pemuka agama dan pemimpin-pemimpin spiritual. Daripada kata-kata Mr Dulles ini kita juga mengakui betapa peranan pemimpin amat penting dalam memebentuk colonial masyakarat yang baik dan bertamadun jiwanya.

Saya menggagumi Sayyid Qutub kerana beliau tidak membelakangkan ideologi-ideologi yang dibawa oleh dunia barat. Apabila terhadap percanggahan kita akan melihat bagaimana santunnya beliau dalam membahaskan isu kefahaman ini hingga cerahlah jiwa kita sebagai masyarakat. Hal ini dapat kita telusuri bersama dengan melihat bagaimana usaha beliau dalam mengenalkan kita kepada titik perintah yang dibawa oleh sisi dunia gelap suatu ketika dahulu. Seperti kerajaan jazirah arab, Kerajaan India sebelum 3 masihi dan sebagainya. Semua ini menyedarkan kita betapa konsep spiritual amat penting untuk kepada diri seorang manusia. Tanpa jiwa yang baik kita akan secara tidak langsung menjadi sekadar mayat hidup yang menanti sakaratul maut.

Akhirulkalam, buku ini adalah satu wadah penting untuk kita hadamkan bersama dalam kita mencari satu titik kebenaran dalam diri. Dimana sayyid Qutub berulang kali menegaskan bahawa materialistik, kemasyhuran hanya akan membawa manusia kepada kehancuran tanpa dipandu oleh iktikad akidah dalam akar jiwa agama.

Thursday, 24 May 2018






Anak Raja dengan Anak Papa
Penulis : Mark Twain
Penterjemah : Za’ba
Penerbit:  Dewan bahasa dan pustaka
Halaman: 422
Tahun diterbitkan: 2004
Nombor ISBN: 983-62-7186-4
Genre: Fiksyen

Cabaran kedua bukujalanantiti.

Tema kali ini bacaan oleh pemimpin.  Jenuh mengintai di sebalik rak buku. Lantas mendapat ilham tentang buku ini.  Bersesuaian pula dengan musim pilihan raya. Buku ini istimewa kerana ia siap diterjemah pada tahun 1934. Oleh itu, gaya bahasa dan lenggoknya mengikut keadaan  ketika itu namun ia masih boleh difahami dan tidak merencatkan proses pembacaan.  Ia buku pertama diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada tahun 1958. Setahun setelah Malaya merdeka.

Buku ini diterjemah oleh Pendeta Za'ba, Bapa Persuratan Melayu, penulis buku Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri. Secara logiknya, penterjemah biasanya akan menghadami sesuatu buku sebelum menterjemah buku tersebut.

Ini kisah Tom Canty (anak papa) dan Edward Tudor (anak raja) saling bertukar identiti kerana ingin merasai corak kehidupan lain yang disangkakan lebih seronok.
Anggapan mereka ternyata meleset. Hidup tidak seindah yang dibayangkan.  Si  Edward, ternyata hidup penuh derita. Ayah  dan nenek Tom Canty, pemabuk dan sering mendera fizikal Tom.  Itu juga yang dialami oleh Edward.  Walaupun Edward berkali-kali mengakui bahawa beliau anak raja sebenar,  semua orang tidak mempercayai serta memperlekehkan kata-katanya.

Lagi parah, pabila John Canty membunuh paderi  yang cuba mempertahankan Edward yang disangka Tom dari didera lantas mereka terpaksa melarikan diri dan bersatu dengan kumpulan perompak dan penyamun.   Edward dipaksa menjadi penyamun dan peminta sedekah.  Edward hidup dalam pelarian kerana beliau tidak mahu mengerjakan perbuatan tersebut.

Kemudian Edward dipertemukan dengan Hendon Miles, seorang  bangsawan yang tersingkir dari rumahnya. Miles yg selalu mempertahankan Edward dari dihina, dikeji malah dicederakan oleh orang ramai. Pendekata,  Edward belajar bagaimana tidur beralaskan jerami dalam kesejukan, kelapran, keletihan serta melihat ketidakadilan undang2 dan kesusahan kehidupan golongan marhaen.

Berlainan dengan Tom, walaupun Tom mengakui yang dirinya bukanlah Edward, namun pihak istana sentiasa menatangnya selayak seorang anak raja. Tom juga terpaksa belajar adat istiadat diraja yang penuh protokol dan tidak menggembirakan hatinya. Lama kelamaan Tom terbiasa dgn adat istiadat tersebut.

Kemuncak pengalaman Tom apabila ayahanda Edward mangkat.  Tom harus menjadi putera mahkota England seterusnya Raja England. Dalam kesenangan dan kemewahan, Tom terkenangkan ibu dan dua orang kakaknya serta  Edward, anak raja sebenar.

Dapatkah edward mewarisi kembali takhta dan harta miliknya dan bagaimana keadaan Tom, adakah Tom dihukum gantung kerana pertukaran identiti tersebut.Segalanya terjawab dalam karangan Mark Twain yg ditulis pada tahun 1881 ini.

Saya belajar dua perkara dari buku ini. Pertama, redhalah dengan apa yang telah Allah tetapkan pada kita.  Jadilah diri kita sendiri.  Usah cuba meniru identiti orang lain.  Itulah yang terbaik buat diri kita.  Mungkin itulah yg cuba disampaikan dalam buku terlaris Abdullah al -Qarni, Jangan Bersedih. Catatan jadilah diri sendiri diulang berkali-kali dalam buku tersebut.   Juga permintaan doa kita, agar Dia  tidak membebani kita dengan ujian atau dugaan yang tidak sanggup kita memikulnya.

Kedua, bagaimana selayaknya raja atau pemimpin patut berperanan. Pemimpin sepatutnya lebih menjiwai kesusahan dan penderitaan rakyat dengan sama- sama merasai apa yang rakyat rasa. Pemimpin yg sama turun padang, merasai nikmat mencari makanan yang sedap dan murah di pasar malam bukannya merasai santapan yang enak di restoran-restoran mewah.  Pemimpin yang sekadar berkempen agar rakyat marhaen berjimat cermat sedangkan mereka sekeluarga seronok membeli-belah barangan  mewah di luar negara.   Jadilah seperti pemimpin di zaman Khalifah yang empat, sanggup menyamar di waktu malam untuk menyelami susah payah dan pahit getir hidup para marhaen.

Saya cadangkan buku ini kepada setiap orang, kanak-kanak, dewasa, miskin atau berada.  Betul ia ditulis lebih satu abad yang lalu, namun ia kekal relevan sehingga kini.

Sekian,

Haryati Abd Halim

Wednesday, 23 May 2018

CABARAN KEDUA 32 BUKU JALANAN TITI

Buku yang pernah dibaca oleh Pemimpin 

Judul : The Power, oleh Naomi Alderman

Termasuk dalam senarai buku bacaan 2017, Presiden USA Barrack Obama

Cerita dimulai dengan pengenalan watak utama, yang kebanyakannya dipegang oleh wanita kecuali watak Tunde, seorang fotojurnalis lelaki yang memainkan peranan penting dalam proses pelaporan cerita secara langsung dan tidak langsung kepada watak-watak wanita yang dikurniakan kuasa elektrik dan cuba mendapatkan kuasa untuk mempengaruhi manusia sama ada dari segi agama, sosial, dunia jenayah dan politik dari awal hingga akhir cerita.

Plot dikembangkan melalui susur cerita dari tahun prasejarah ke masa kini, menceritakan tentang kewujudan kerajaan Cataclysm Era yang dipimpin oleh Priestess Queen” yang dipercayai ditemui pada 2500 tahun yang lampau hingga ke kekuasaan Tatiana Moskalev yang memimpin kerajaan Bessapara melawan kerajaan pimpinan Saudi, Awadi-Atif.

Cerita dimulai dengan watak Roxy, satu-satunya anak perempuan, Bernie Monke, seorang kepala mafia London yang terlibat dalam perniagaan dadah yang dinamai “Glitter”. Disebabkan monopoli perniagaan oleh Bernie, ibu Roxy menjadi mangsa dendam Primrose
(seteru utama Bernie). Roxy berjaya menyelamatkan dirinya dengan tanpa sedar, dengan memberikan renjatan elektrik dari tangannya sehingga berjaya melumpuhkan Tony, sekongkol Primrose. Malangnya, ibu Roxy mati dibunuh, hingga menyebabkan Roxy berusaha mengambilalih perniagaan ayahnya dan mencari jalan untuk membalas dendam kepada Primrose. Roxy merasa takjub bercampur hairan akan kekuasaan dalam dirinya, tetapi menyimpan rahsia tersebut dari ayahnya.

Cerita berkembang bilamana Tunde, merakamkan video di sebuah pasaraya memaparkan seorang gadis yang diganggu oleh lelaki asing, tiba-tiba mengeluarkan segugus cahaya berkilauan daripada tangannya yang menyerupai kilat dan kemudian merenjat dan menyambar tubuh lelaki yang cuba mengganggunya sehingga lelaki itu mengalami kekejangan dan sawan. 

Rakaman Tunde akhirnya tular di laman Youtube. Tunde kemudiannya menghubungi CNN, dan diterima bekerja untuk CNN, bagi melaporkan dan mencari bahan berita penting seputar isu, wanita dan penghasilan renjatan elektrik sebagai mekanisme pertahanan diri. Bermulalah kelana dan keasyikan dunia terhadap isu pembebasan wanita dan feminisma, Tunde menjadi saksi, berkeliling dunia, dari USA, ke Delhi, ke Arab Saudi dan Afrika untuk mencari punca, bagaimana wanita dapat menghasilkan renjatan elektrik untuk menyelamatkan diri dari kejahatan dan kekuasaan lelaki yang tidak bermoral.

Margot Cleary, seorang mayor di Wisconsin, kemudiannya tidak mempercayai video Tunde yang tular di Youtube. Video klip pendek itu telah menimbulkan kegusaran bukan saja di hati rakyat tetapi juga kepada anak Clery sendiri iaitu Jocelyn yang sudah mulai merasai perbezaan dalam dirinya. Melalui pembacaan Margot, sekumpulan saintis di Delhi telah dipercayai menemui otot di sekitar tulang selangka anak perempuan, yang dinamai “organ penghasilan elektrisiti” atau skein kerana urat otot yang bergulung. Organ di otot inilah yang membolehkan gadis dan anak perempuan menghasilkan elektrik sehingga dapat mempertahankan maruah mereka. Margot kemudiannya mengambil peluang untuk menggunakan isu ini untuk meraih undi untuk mengalahkan Daniel dalam usaha menjadi gabenor Winsconsin, dengan membina satu sekolah khas untuk melatih dan mendidik semua anak perempuan di Wisconsin supaya mereka dapat mengawal kelebihan yang ada dengan cara selamat dan terkawal.

Allie pula merupakan seorang watak yatim piatu yang selalu berpindah rumah penjagaan kerana dipandang memiliki masalah akhlak/ attitude problem. Sebenarnya Allie, selalu dibuli dan dipergunakan secara seksual oleh bapa angkatnya Mr Montgomery, sehingga menyebabkan Allie nekad untuk membunuh lelaki itu dan akhirnya melarikan diri ke biara yang diketuai beberapa orang biarawati untuk mendapatkan perlindungan. Disinilah Allie kemudiannya menukar namanya menjadi Eve yang kemudiannya kerana kehebatannya dalam mempengaruhi pemikiran orang sekelilingnya di samping kebolehnya mengawal kuasa elektrilknya, dia menjadi satu kult yang bernaung di bawah ajaran Kristian yang mengutamakan Holy Mother sebagai Tuhan, yang dipuja ramai wanita yang mencari perlindungan dari kejahatan lelaki. 

Novel ini menarik kerana simbolik perjalanan setiap watak dalam meraih kekuasaan untuk mempertahankan diri dan membanteras kezaliman dengan cara tersendiri (walaupun ada sesetengah situasi yang saya tidak bersetuju kerana matlamat tidak menghalalkan cara). Nilai yang cuba diketengahkan oleh penulis banyak berkembang seputar isu feminism dan kebebasan wanita, di mana memperjuangkan bahawa wanita juga mampu tampil setanding sehebat lelaki dalam bidang pemerintahan, agama dan sosial. Dalam sesetengah bab, agak keterlaluan apabila penulis mengatakan bahawa lelaki dalam dunia Tatiana Moskalev hanya diperlukan sebagai penerus sumber kemandirian manusia, selebihnya tiada manfaat lain. 


Tuesday, 22 May 2018

Challenge 2 : Book Read by Leader

Title : The Black Swan - The Impact of the Highly Improbable
Author : Nassim Nicholas Taleb
Pages : 366

According to favbook.com, Pavel Durov (founder of Telegram and Vkontakte) has recommended this book in one of his tweets.

Nassim Nicholas Taleb developed Black Swan Theory and explained in detail in this mindblowing masterpiece.

The sequence of this books follows a simple logic; from what can be labelled purely literary (in subject and treatment) to what can be deemed entirely scientific (in subject, though not in treatment).

The central of this book concerns our blindness with respect to randomness, particularly the large deviations. Black Swan logic makes what you don't know far more relevant that what you do know. As it is unpredictable, we need to adjust to their existence.

Author break his point into four part in which Part Four is a very short summary. Part One is mostly about how we perceive historical and current events and what distortions are present in such perception. Part Two is about our errors in dealing with the future and the unadvertised limitations of some 'sciences' - and what to do about this limitations. Part Three goes deeper into the topic of extreme events, explains how the bell curve (that great intelectual fraud) is generated, and reviews the ideas in the natural and social sciences loosely lumped under the label 'complexity'.

This Black Swan Theory focuses in the extreme impact of certain kinds of rare and unpredictable events and humans' tendency to find simplistic explanations for these events retrospectively.

What is meant by a Black Swan is an event with the following attributes. First, it is an outlier, as it lies outside the realm of regular expectations, because nothing in the past can convincingly point to its possibility. Second, it carries an extreme impact. Third, in spite of its outlier status, human nature makes us concoct explanations for its occurence after the fact, making it explainable and predictable.

For example, before the discovery of Australia, people in the Old World were convinced that all swans were white. The sighting of the first black swan might have been an interesting surprise for a few ornithologist (a zoologist who studies bird). This phenomena illustrates a severe limitation to our learning from observations or experience and the fragility of our knowledge. One single observation can invalidate a general statement derived from milenia of confirmatory sightings of millions of white swans.

Black Swan in simple terms is single (improbable, unexpected, random, surprise, unpredictable) event which can dominate a phenomena. It occurs relative to your expectation (things appear as if they were bound to happen) and can be eliminate and manage by keeping an open mind.

Its indeed a deeply intelligent theory. But, for some maybe this is a heavy reading material. Just take your time and learn how to benefit from The Black Swan through this awesome piece from Nassim Nicholas Taleb and remember that you are a Black Swan.


Monday, 21 May 2018

Mom and me and mom by maya angelou

Awal cerita maya menceritakan ibunya- vivian baxter dilahirkan di kalangan berkulit hitam dan miskin. Atok maya angelou seorang agent imigrasi yang berjaya. Seorang yang lantang bersuara mempertahankan maruah bangsa dan masyarakat asli amerika. Keluarga ibunya pernah digelar "bad baxters" kerana keberanian keluarga dan sanggup melaksanakan apa saja, malah ganas dalam pergaduhan. Ibu bapa maya angelou berkahwin selepas bapa nya selamat kembali daripada perang dunia pertama. Ayah maya seorang askar. Perkahwinan mereka mendapat tentangan daripada "the baxters" dan mereka berpindah ke california.

Pada usia maya 3 tahun dan abangnya bailey 5 tahun, ibu bapa mereka berpisah dan mereka dihantar ke Arkansas tinggal bersama nenek sebelah ayah mereka. Maya menceritakan pernah dirogol ketika bercuti di st louis. Maya menceritakan dirinya dirogol dan keesokkannya orang yang merogolnya mati. Maya menjadi pasif dan takut menyatakan sesuatu kerana pada pendapatnya kerana dia bersuaralah lelaki itu mati. waktu ini maya berasa sangat takut, sampai beliau tidak boleh bercakap bertahun-tahun. Maya mengurung diri dan membaca buku sahaja untuk mengisi masa dan menghapuskan rasa takutnya.

Setelah meningkat remaja nenek maya menghantar maya kembali kepada ibunya. Disini la bermula kisah maya bersama ibunya.

Pada awalnya maya tidak dapat menerima kenapa ibunya tidak membesarkannya. Setelah abang nya Bailey datang ke california di situ baru dia faham kenapa ibunya meninggalkan mereka berdua kepada nenek mereka. 
Ibunya mempunyai bisnes judi bersama ayah tirinya. Dan mereka sering keluar kawasan. Maya pernah tinggal bersama ayahnya sekejap. Tetapi ibu tirinya menyerang dia dan tidak menyukai maya.

Semakin besar maya semakin terasa ingin mencintai. Dia mula berkenalan walaupun masih ada rasa takut dengan pengalaman beliau di rogol. Maya terjumpa dengan seseorang. Tanpa perasaan cinta dan mengenali lelaki itu maya membuat perhubungan badan sehingga mengandung. Dalam buku ini ibu nya sangat positif. Vivian tidak menyuruh mengugurkan. Tapi memberi semangat untuk maya. Maya mula keluar dan hidup sendiri menguruskan anaknya. 

Maya berkenalan dengan lelaki psiko bernama mark. Lelaki ini mendera maya dan hampir membunuh maya hanya kerana memikirkan maya curang dan menipunya.

Maya juga pernah berkahwin dengan lelaki berkulit putih. Perkahwinannya ini tidak dipersetujui oleh ibunya. Tapi ibunya tetap memberi sokongan dan mendengar apa pun luahan maya. Suami maya seorang pagan dan tidak beragama. Maya terpaksa menipu dan curi2 sembahyang di gereja. Akhirnya mereka bercerai. Saat ini guy anak maya sangat marah dan menyalah kan maya. 

Bagi meneruskan hidup, maya pernah bekerja  sebagai penari stripe dan sebagai tukang makeup artis. Dia tertekan kerana terpaksa berjauhan dengan guy  

Bailey junior abang maya mengalami ketagihan dadah yang teruk. Bailey dibuang kerja sebagai navy. Ibu maya meninggal kerana mengalami kanser paru2. 

 Pengorbanan dan bimbingan ibu si Maya, lady vivian pun banyak mempengaruhi hidup  maya sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu. Boleh juga sebut maya jadi kuat sebab role model ibunyanya, si lady vivian.

Dengan latar belakang, zaman penindasan org kulit hitam, untuk ada business hotel bukan mudah..tapi mama dia adalah bukti perempuan kulit hitam yg teguh dan berketrampilan.

Dalam cerita ini terdapat satu pengajaran betapa sokongan seorang ibu membuatkan anak sangat kuat dan positif. Perjuangan bangsa kulit hitam menempah nama di persada dunia. Buku ini dibaca oleh barrack obama bekas presiden amerika syarikat.