.

.

Friday, 12 May 2017

Review Kedua Malaysia Kaya Rakyat Miskin oleh Nik Fariz


Assalamualaikum,

Cabaran kedua yang telah diberi ialah buku pilihan ahli kelarga masing-masing. Saya mengambil keputusan untuk memilih buku dari abang ke-2. Buku yang dicadangkan ialah Malaysia Kaya Rakyat Miskin oleh Anas Alam Faizli.

Pertama kali melihat buku ini, saya dapat rasakan ini bakal menjadi satu pembacaan berat yang penuh dengan maklumat. Buku yang berketebalan 264 muka surat ini merupakan himpunan esei dan tulisan-tulisan penulis sendiri. Antara isu yang diketengahkan dalam buku ini semestinya ekonomi, pendidikan dan juga tentang kesukarelawanan. Terdapat 22 artikel yang telah diselitkn di dalam buku ini.Penulis juga telah memeacahkan buku ini kepada lima bahagian.

Dari kaca mata penulis, dapat dilihat betapa kaya dan banyaknya hasil-hasil sumber dan ekonomi di Malaysia tetapi membangkitkan persoalan bagaiamana sebuah negara yang penuh dengan sumber ekonomi masih memiliki jurang yang besar dari segi pendapatan. Bahagian pertama buku ini menceritakan tentang Pertroleum Nasional. Ini termasuklah dari segi sistem percukaian, royalti, persengketaan minyak dan juga perkongsian pemilikan Petronas.Saya beranggapan dengan pengalaman penulis berada dalam bidang O&G telah membuka mata dan perpektif yang berbeza kepada beliau.

Penulis juga turut menonjolkan isu-isu hangat seperti TPPA dan melihat kesannya dari pelbagai sudut terutamanya ekonomi. Bahagian dua  dalam buku ini mempunyai 3 artikel yang berkaitan dengan TPPA.  Namun pada bahagian dua ini, artikel yang berjaya menangkap perhatian saya ialah Lapan Realiti Mengapa Kerajaan Malaysia Wajar Biayai Pendidikan Tinggi. Penulis menerangkan tentang sistem pendidikan di Amerika dan di Eropah dan bersetuju untuk menerapkan sistem sebagaimana Eropah. Sistem ini menyediakan pendidkan tinggi secara percuma. Penulis juga percaya jika sesebuah sistem emngamalkan diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kemampuan ekonomi akan menyebabkan ketidakseimbangan modal insan. Dari lapan realiti ini, saya sangat bersetuju dengan point yang ke 8 yang mengatakan pendidikan mampu merapatkan jurang ekonomi.

     Disebabkan masalah dan isu ekonomi yang dibincangkan maka penulis turut mengfokuskan kesan utama ekonomi iaitu terhadap pendidikan. Bahagian tiga buku ini terarah kepada pendidikan. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh penulis tentang pendidikan di Malaysia. Pengalaman penulis semasa berada di TFTN menajadikan penulis seorang yang sangat menghargai pendidikan dan memperjuangkan keperluan pendidikan melalui tulisan dengan penuh semangat. Hak pendidkan hak semua!

     Bahagian ke empat buku ini berkisarkan tentang kesukarelawanan. Terdapat empat artikel utama yang dibincangkan. Kesukarelwanan ini dekat dengan penulis selaku pegawai di TFTN. TFTN yang berkonsepkan kesukarelawanan telah memberi kesan yang tersendiri kepada penulis. Kesemua artikel ini membincangkan tentang TFTN dan keperluan serta kesan-kesannya. Mutiara kata yng diselitkan membuatkan saya kagum dengan kesukarelwanan ini. Mutiara kata tersebut ialah “Sukarelawan itu tidak dibayar- bukanlah kerana tiada nilai dalam kerja mereka, tetapi kerna mereka tidak ternilai’. Saya yakin dan percaya tidak semua mampu untuk meibatkan diri dalam bidang ini. Tahniah kepada penulis dan kawan-kawan!

Pengakhiran buku ini, penulis telah condong ke arah politik. Masalah-masalah politik Malaysia dilontarkan dengan meletakkan beberapa cadangan seperti Deklarasi Gabungan Rakyat. Penulis yang turut terlibat dalam gelombang reformasi politik Malaysia juga turut membincangkan tentang reformasi dan Anwar Ibrahim.

Secara keseluruhannya, buku ini telah merangsang pancaindera saya tentang ekonomi, sosial dan politik Malaysia dari dimensi yang cukup berlainan. Tidak dinafikan perbincangan artikel-artikel dalam buku ini agak berak dan begitu tersendiri. Hujah-hujah yang diberikan telah menunjukkan betapa serius dan tegas penulis dalam memperjuangka isu ekonomi dan pendidikan ini. Penulisan yang cukup bijak menghubungkaitkan satu isu ke satu isu yang berlainan. Semoga mitos Kaya dan Miskin di Malaysia ini dapat diranapkan kelak. Saya kira, buku ini harus dibaca oleh masyarakat untuk sedar dari igauan mimpi ekonomi sekarang ini. Buku ini menyedarkan saya, betapa bernilainya sebuah negeri yang bernama Malaysia!

                                   

No comments: