Ebook Simposium Buku Jalanan:Sebuah Catatan (tekan link)
Anda mahu kenal apa itu Buku Jalanan? buku ini adalah buku yang sangat sesuai buat anda. Buku Jalanan ini geng mana yang buat? ideologi apa mereka pegang? kiri ke buku jalanan ni? dalam buku ini segalanya akan terjawab. Saya sendiri pun berasa insaf melihat semangat anak muda selepas...
Monday, 27 November 2017
Friday, 10 November 2017
Merantau ke Deli sememangnya satu novel yang memberi kejutan besar kepada saya. Sebelum membaca, saya menyangka ia adalah novel kemasyarakatan, perbezaan darjat dan adat seperti kebiasaannya yang dibicarakan oleh Hamka. Ternyata sangkaan saya tersasar.
Meskipun novel ini ditulis pada tahun 1930-an, namun watak-watak dalam novel ini, seperti...
Saya jarang sekali membaca buku berkenaan tema cinta. Apa yang menyebabkan saya mendapatkan buku ini adalah kisah seorang wanita bertemu “Train Main” yang ditularkan di beberapa portal berita. Kisah mereka bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia orang bercinta. Ianya kisah tipikal cinta pandang pertama. Ia adalah penceritaan semula kerana mereka...
DAUN
(Pemenang anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009: Kategori Novel)
Untuk menghargai novel ini berserta pengarangnya, saya akan
membahagikan ulasan buku kepada 4 bahagian iaitu 1) Biodata pengarang, 2)
Sinopsis novel, 3) Kekuatan novel dan 4) Kelemahan novel. Semoga tulisan saya
mampu mengulas karya hebat ini dengan baik dan...
Naskhah yang
saya baca ini merupakan edisi santai terbitan Wira Bukit Sdn Bhd, cetakan kedua
tahun 2008. Saya menyatakan rumah penerbitan dan tahun cetakan kerana saya
difahamkan Cinta Fansuri mempunyai banyak versi, kulit keras dan kulit lembut,
daripada pelbagai rumah penerbitan. Hal ini menunjukkan Cinta Fansuri adalah
sebuah naskhah dalam...
Tuesday, 7 November 2017
Untuk cabaran 32 Buku 2017 Buku Jalanan Titi kali ini, saya memilih buku Memoir A. Samad Ismail Di Singapura sebagai bahan bacaan bertemakan autobiografi atau biografi. Sebelum ini saya tidak pernah mengenali siapakah gerangan A. Samad Ismail, apakah karya-karya terbaik beliau, apakah bentuk sumbangan beliau kepada khazanah persuratan bangsa....
Semua pasti kenal Yasmin Ahmad bukan? Beliau seorang pengarah filem, penulis, penulis skrip dan creative director di Leo Burnett, Kuala Lumpur. Sebelum itu beliau memulakan karier dalam bidang pengiklanan sebagai copywriter di Ogilvy & Mather. Beliau juga pernah bekerja di IBM dalam bidang pemasaran. Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1958...
Pertama kali mendengar nama Syed Mokhtar Bukhary ini adalah sewaktu aku di tingkatan lima sekolah menengah. Seorang kawan aku memegang sebuah buku rujukan yang ada cop Yayasan Bukhary. Katanya buku free. Aku tanya balik, macam mana boleh free? Dan dia jawab, “ini orang kaya Melayu yang bagi. Satu Malaysia dia bagi.” Dalam fikiran aku yang masih...
Thursday, 2 November 2017
TAJUK : DETIK-DETIK HIDUPKU.. IMAM HASSAN AL BANNA
Oleh : Nasra
Ini merupakan antara cabaran yang agak berat bagi saya kerana saya kurang meminati buku jenis biografi dan sebenarnya saya menjumpai buku ini seminggu sebelum tarikh cabaran berakhir !
Buku ini menceritakan tentang kisah perjalanan hidup seorang anak muda yang berjaya mengubah...